Sunday, December 26, 2010

Ayah dan Esah

3 comments
Esah menangis tersedu-sedu di birai rumah..Matanya bengkak2 dek kerana berendam air mata seharian


Imah : sudahlah Esah, yang pergi tetap tidak akan kembali
Esah : aku tau Imah, tapi aku terlalu sayangkan ayah. Selepas mak aku meninggal dulu, dia rela membesarkan aku seorang diri.. (menangis)


Imah memeluk bahu Esah.Perlahan-lahan dia mengurut bahu Esah. Mata Esah semakin bergenang. Seraya itu Esah memeluk Imah kuat-kuat. Memohon semangat.


Imah : tak baik kita menangis teresak-esak meratapi ayah kau.. nanti dia tak tenteram disana
Esah : (smbil memperlahankan esakan) Habis Imah, aku buntu. aku buntu
Imah : Beginilah.kita masing-masing ada agama. kembalilah kepada agama kita. Dari kau terus meratap, aku kira lebih afdal kau doakan dia, sedekahkan ayat-ayat AlQuran buat dia. Moga-moga nanti dipermudahkan urusannya.lagipun kata orang, kalau kita terlalu rindukan dia, dia akan hadir dalam mimpi kita..kau berdoalah moga-moga berjumpa ayah kau dialam mimpi


Esah terdiam. Dia merenung kedalam mata Imah. Hatinya bersyukur kerana dikurniakan sahabat seperti Imah. Boleh menegur dan pandai memujuk.


Masa berselang. Esah tidak lagi hanya menangis. Dia menguatkan diri untuk menempuh kehidupan. Disamping itu, doa untuk ayahnya tidak pernah putus dari bibirnya. Dihatinya sentiasa teringat pesanan Imah. 


*tit*tit*tit* (bunyi mesej masuk)


"Tolong belikan ayah topup Rm30. ni nombor baru ayah 0138******. ayah ada masalah dekat balai polis. tak payah telefon dulu. nanti ayah telefon balik"


Mata Esah bersinar-sinar. Seraya itu dia mencapai tudung dan berlari-lari anak ke kedai Pak Kasim membeli topup.


" ayah..saya dah topupkan ayah. seperti yang ayah minta. tapi bukan Rm30 duit betol. saya dermakan topup tu pada orang lain, dan niatkan pahala amalan kat ayah. tak kan ayah nak rasuah mungkar nangkir dengan topup 30 kot. nnt ayah dah terima ayah mesej la"


*Sent*


Esah tersengih-sengih. Hei.kau igt Esah topupkan ke? Esah xbodoh la..

Sunday, December 19, 2010

jadi nenek

0 comments
aku bakal jadi nenek saudara.. 

adik aku punya anak dah mengandung

esok-esok beranak la dia

 so, start dari hari ni, panggil aku nenek













ini dia bakal ibu


p/s: adik aku nabila dok panggil kucing ni anak dia, so bile kucing ni bunting, aku pon kata cucu sedara aku akan lahir

ugly duck

1 comments
i was born to be an ugly duck..


but


dont worry



i never dream to be the pretty swam



but i do pray to be a great ugly duck



quek..quek...quek

Saturday, December 18, 2010

Tabiat

0 comments
SALAM 'ALAIK


Semalam, sepupu aku datang sekeluarga ke rumah aku. sepupu aku kak Zu dtang dengan anak2nya yang dua orang di sekolah rendah dan dua org di sekolah rendah dan seorang dalam kandungan. kira nya, budak2 tu semua anak-anak sepupu..Ok, aku kira dah tua la.


sedang kami geng-geng wanita berusia ni melepak-lepak kat dapur, aku terasa nak menjengah tengok bdak2 tu di ruang tamu. Rasa ingin tergelak datang.


aku   : perangai budak-budak ni sama dengan kite masa kecik, cuma mu tgk.
fairuz: : (menjenguk) ha...
umi    : ape mende nye?
aku    : ingat tak masa kita g rumah Cik Mah(mak kak Zu), kak Zu ada tegur, kita ni klo pegi rumah dorang, amek buku sorang satu, pastu senyap situ je..


Gelak-Gelak..kami kembali sambung berborak


kemudian bila nak angkat lauk, dan isi nasi, aku dengan rajinnya pergi bukak almari yang simpan semua pinggan mangkuk yang jarang pakai. tak kesah la kalau nak pakai yang lawa2, nnti aku jugak yang basuh..


kak Zu  : perangai awak sama je dari dulu sampai sekarang. Nak pakai yang cantik je..
aku       : hah???




pada aku, memang best guna barang dapur yang cantik2 selalu, tapi kalau selalu guna, dan xjadi cantiknya..


*******************************tIBA-TIBA BERANGAN NNT TUA NAK DAPUR LAWA JUGAK*********************************
dapat dapur cmni pon jadi la...jadi la....


tabiat aku yang xpernah berubah adalah mempunyai  bantal busuk dan bantal itu digunakan menutup muka ketika tidur.. walaupun bunyi cm bantal busuk, tapi bantal busuk aku pon sentiasa bertukar..Tabiat je sama...


sekarang jiwa xtenang...berapa hari dah basuh bantal busuk, tak jugak kering2..tambah2 musim hujan ni..asal malam jadi meroyan curi bantal orang..(malu2)
dah dua kali dapat bantal as birthday present..nanti nak bantal cmni pulak..hehehe


entry yang memang xada ilmu dan apa2.. sape baca jangan menyesal

Wednesday, December 8, 2010

sang putera katak

1 comments
salam 'alaik..


'Putera Katak'

alkisahnya cuti ni patik menghabiskan dengan menonton tv. Sepatutnya patik membuat kerja-kerja sekolah, tetapi malangnya masih tidak berjaya dan dengan ini, adalah tidak mustahil patik meraung ketika insan lain berehat dari menulis-nulis rangka kertas kerja.

oh, rancangan tv yang cukup digemari di teratak patik tika ini adalah Putera Katak. oh, bukanlah kami-kami semua beridam hendak menjadi bakal permaisuri dengan mencium katak yang busuk dan lembik itu, cuma itu adalah salah satu cerita melayu yang hangat dipertonton di tv3 dan tv9. Arakiannya, setiap 4.30 petang, tv itu akan direbut2, remotenya direntap2 dan dipertandingkan, dan calonnya adalah cerita lagenda(konon2) putera katak, ataupun cerita kartun bodoh yang berulang2 tetapi menjadi pilihan patik iaitu Catdog. Dan, malangnya jam 8 malam, seisi teratak tidak lagi melihat warta berita di tv3, tetapi menunggu di tv9.

oh, kerana cerita itu, semua katak-katak yang berbunyi dikatakan jelmaan putera katak..Patutkah aku menciumnya??(uwek~)

siapa mahu cium beta?beta ada jajahan besar di planet Katak Hijau

***********************************************************
seekor katak (jantan kot) masuk kebilik air ketika patik sedang bersiram.


aku   : umi, ada katak dalam bilik air
nabila: tangkap2, putera katak tu...
aku   : AH, mu ni...geli la..tgk lagi cite ngarut gitu


dan umiku datang bersama penyapu sebagai senjata


umi   : tutup balik lubang air, katak masuk ikut situ tu
aku   : la, halau je la kalau masuk, bukan bahaya pun katak
umi   : sape cakap?
aku  : dah tina(nora danish) siap2 peluk2, cium2, buat tidur
umi   : mu ni cakap kat nabila ngarut, mu pon sama..terikut cerita..katak ada air bisa,nanti dia sembur kat kita


dan kalau semua katak bahaya seperti dikata, aku rasa nora danish perlu awal2 beli insuran nyawa.


oh...dialog tu mesti la diubah suai...ko rasa aku cakap bahasa terlalu baguskah dirumah??


oh..kerana entri tentang raja2 katak, elok kiranya berbahasa cam hikayat2

Monday, December 6, 2010

BARU?

2 comments
kadang-kadang...
walaupun namanya berkaitan dengan segala yang baru
tapi ia bukan tentang baju baru
bukan tentang fesyen baru
bukan tentang wajah baru

kali ini,
ia tentang buku baru
azam baru
hati baru
matlamat baru
jiwa baru

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM

sambutannya lebih kepada pengorbanan dan keazaman

*******************************************

macam biasa, aku tidak ada azam yang specific..mungkin bila dah menjadi tua pelajar tahun akhir, aku sepatutnya mencipta dan cuba mencapai azam...

azam tahun baru aku mungkin,ah, xboleh nak fikir,
sebab literature review untuk FYP tak start lagiiiiiii...(sangat jeles dengan budak rajin macam uteh dan hanim...hehehehehe)


Saturday, December 4, 2010

a cup of tea~

3 comments
salam 'alaik~



(suasana: jamuan akhir tahun kelab teater SBPIK)


husni: umi, sedap la teh o yang umi buat..
umi  : oh.sedap ke? ni teh wangi..dari Cameron Highland
         (dengan nada yakin)
husni: teh wangi..patut la sedap.(dengan nada cukup
          percaya)





"teh wangi general, adalah teh import yang diadun dengan geranium dan haruman vanila dan memberi anda kesegaran dan nikmat teh yang sebenar"


(suasana: dekat rumah, ketika sedang kemas2 barang yang baru dibeli)


aku: umi, umi dah mainkan perasaan Husni..mana ada teh ni
        dari Cameron Highland, dia tulis besar2 kat sini teh ni 
         di import.
umi: oh..yeke..hehehehehe








atas tu gambar vanilla dan geranium...saja je letak~
************************************************************************


teh ni adalah salah satu minuman yang sedap dan mudah..tak kesah la teh o atau teh susu, dua2 enak..Dan tidak ada ganjilnya untuk teh yang berperisa, atau dicampur limau, laici, atau rambutan..

Dekat rumah aku, teh ni adalah satu minuman yang penting.. adik bongsu aku, Nabila, langsung xkesah untuk minum teh seharian.Pagi teh, tengah hari teh, malam teh sampai muka dan jadi warna teh.

***********************************************************************


Kelebihan teh


1. bagus untuk awet muda. teh mengandungi anti oksida, dan membantu melewatkan proses penuaan..
(ooo..patut la orang nampak aku macam kanak2 sekolah lagi..sebab kuat minum teh..hakhakhak)


2.membantu mengurangkan alahan. Satu kajian yang telah dilakukan menunjukkan peminum teh dapat mengurangkan alahan, sebab teh membantu melambatkan kesan alahan yang bakal diterima oleh kita.
(kalau aku sedang mengidap resdung, biasanya minum teh o panas menyebabkan aku rasa lebih selesa...OOO...aku resdung tahap teruk mungkin..alah pada sejuk dan debu)


3.menguatkan tulang..hohoho..biasanya aku tau susu menguatkan tulang, tapi kajian yang dilakukan menunjukkan peminum teh mempunyai ketumpatan tulang yang lebih bagus daripada bukan peminum teh.


4. mengelakkan kanser. teh turut membantu kita mengelakkan kanser.


5. memudahkan proses pembuangan air kencing.. yang ni aku belajar dekat Nuclear Med Department. fungsi teh adalah sama dengan fungsi Lasix(sejenis drug yang digunakan untuk mempercepatkan proses kencing-mungkin disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang)


6. membantu ketika cirit birit..haha..


semua sumber2 tu dari internet, (laman web berbahasa Inggeris, dan terpaksa ditranslate dalam bahasa melayu menggunakan bahasa tersendiri.) dan juga dari pengetahuan dan pengalaman ketika belajar.


ok, nah secawan~

Sunday, November 28, 2010

me in other perspective

3 comments
salam 'alaik....

"KAK LONG"

"nama kak long saya NUR FAIRUZ NAIM BT ASMUI. beliau lahir 15 Januari 1989. Dia dilahirkan di Kelantan. Dia sangat menyukai nasi kerabu bersama air jus oren. Dia mendapat pendidikan awal di SK Fakeh Abdul Samad, kemudian telah memasuki SEMSAS. kini dia telah berada di Universiti Sains Malaysia di Kubang  kerian Kelantan. Peristiwa paling penting baginya adalah mendapat 5A UPSR, 8A PMR dan 8A SPM. Falsafah hidupnya ialah ingin sentiasa membantu mereka yang dalam kesusahan"
tukang tulis..nabila

ini versi unedit. haha..aku amek penyataan ni dalam buku skrap Salasilah Diri dan Keluarga kepunyaan adik aku Nabila..alah, buku skrap sejarah yang kita buat time form 1...

bila baca apa yang dia tulis..hangin gila aku..mau xmengaku adik..tengok..awal2 lagi dah salah nama... bila pulak nama aku tertukar dengan adik aku yang no 3?????

yang itu aku..sorang lagi yang no 3 
pasal makanan kegemaran, aku boleh consider, walaupun dalam hati aku bila pulak aku suka makan nasi kerabu???haha..maybe sebab mak aku rajin buat nasi kerabu time kenduri2, nak aku makan je apa yang ada..

pasal falsafah hidup xboleh blah...macam Wonderpet kot aku punya falsafah hidup..hahahhaha


ok2, aku xmarah pon salah tulis macam ni..biasa la,dia pon duduk asrama, bila kan masa nak interview aku, walhal dalam "sub: Kaedah Kajian: saya menemuramah semua anggota keluarga untuk mendapatkan maklumat berkaitan diri masing2."

haha...xpelah..ni kredit untuk dia kot..aku teringat dalam buku skrap Salasilah Diri Dan Keluarga yang aku punya, untuk bahagian Nabila, aku tulis hobi dia adalah menangis. bukan salah aku...haha..sebab masa tu dia umur dia baru 4 tahun..xkan hobi membaca pulak kan??hahaha...

Friday, November 26, 2010

2 comments
i love when you start

"hai tehah, assalamualaikum"

instead of

"hye tehah..ngeee"


i love when you ask

"awak sihat ke?"

instead of

"cehat kew??"

i love when you say

"bye tehah..nite ..saya nak tido dlu"

instead of

"ninyte..nk titow dlew.nantok neh"

i love when you quote

"ukhwah fillah abadan abada"

instead of

"bestfriend forever ek"

i love when 

you replying our comment or msg( although it takes time)

instead of 

your lovely boyfriend replying everything on your behalf

i love your good islamic advice

instead your gedik2 plus manja status

i love the old you

instead the new you

people do change..times to times.. when first time i heard you get a boyfriend, i was the happiest person, now, it changed..

"may you change to this person if you do not meet that person???"

i never been good..and i do change..maybe the other person love the old me, and same to me..i love the old you..

2nd marie curie

1 comments
you can called me as 2nd Marie Curie..I do love it..because i think, i will  be the Nobel Laureate(r) for  2 times  in row..
muka aku xsama kan macam dia?? harap2 semangat sama...tapi for sure pegangan berbeza~

*************************************************************************

" pelajar dikehendaki mengisi nombor angka giliran, no soalan dengan tepat diruang yang disediakan. kesalahan menulis angka giliran dan no soalan akan mengakibatkan kertas anda tidak akan ditanda dan anda akan mendapat markah kosong"

AKU: well, tidak semestinya salah tulis segala menda diatas boleh sebabkan dapat markah kosong.. segalanya tak mustahil bila jwb berjela2, tulis angka giliran, tapi still dapat 0. segalanya tak mustahil untuk paper " terapi alur elektron..(well, nama dia mcam gah gila bila translate dalam BM..)

Monday, November 22, 2010

anak malaysia pertama pemenang hadiah nobel

4 comments
Dalam dewan yang cukup indah, bersempena sambutan gah, penyampaian hadiah Nobel untuk tahun 20xx. Majlis yang serba indah.serba gah. Masing- masing berpakaian  yang cukup indah, lelaki dengan kacaknya mengenakan sut lengkap hitam yang cukup elegan. yang perempuan pula, kebanyakkan bergaun kembang yang biasa dilihat dalam cerita fairy tale serta berambut sanggul seperti roti ban. 

sambutan hadiah nobel adalah sentiasa HEBAT. sambutan ni sentiasa menjadi sanjungan, menjadi bualan serta menjadi impian bagi penggiat2 aliran fizik, perubatan, kimia, kesusasteraan dan keamanan Pemenang yang dipilih untuk hadiah Noble adalah dari kalangan insan yang paling memberi jasa kepada sejagat, dan ini merupakan antara pengiktirafan tertinggi di dunia.

suasana dalam dewan
kembali kepada suasana didalam dewan, disebalik wanita-wanita cantik yang berpakaian gaun fairy tale, terselit seorang wanita muda yang berkulit sawo matang, serta bertudung. tidak seperti orang lain, dia memakai baju kurung yang indah. Baju kurung itu melambang asalnya dia. masing-masing melihat dia sebagai budak hingusan, dan tanpa mereka sedari, itulah pemenang hadiah noble kategori fizik untuk tahun itu.

ketika namanya dipanggil naik ke pentas, hampir seluruh pentas bangun untuk melihatnya.. Bagaimana insan kecil dari negara yang kecil seperti Malaysia mampu menewaskan peserta yang terdiri dari saintis hebat dari seantero dunia. mendengar biodata yang dibaca, gadis itu baru berusia 24 tahun, dan bekerja. dan lebih hebat lagi, penemuannya yang diiktiraf sehingga mendapat  hadiah Noble itu adalah ketika berusia 21 tahun. 

berjuta-juta flash gambar singgah dimukanya, dan yang pastinya esok, wajahnya akan terpampang di semua muka depan akhbar utama seluruh dunia, dan namanya akan digoogle2 oleh berjuta-juta manusia.

setelah puas diambil gambar, wanita itu dijemput untuk menyampaikan sepatah dua kata..

(terpaksa ditranslate dari English kepada Malay)
".....(kata2 alu-aluan...ahhh!!!xpenting pon nak tulis). saya sebagai pemenang hadiah Noble untuk fizik, amatlah berbesar hati kerana anda semua mengiktiraf penemuan saya. untuk pengetahuan semua, setiap kegagalan pasti ada kemenangan. walaupun begitu, setiap kesalahan yang dibuat kita, tidak semestinya SALAH..ia mungkin BETUL, cuma kita yang kabur. bercakap dari pengalaman, saya berjaya mendapat teori ini setelah terSALAH menjawab kertas BRAKITERAPI di dalam DEWAN EXAM. demi semangat, saya tunjukkan, walaupun menurut nota madam cheng salah, tapi setelah kajian dibuat, saya betul, dan hari ini, saya adalah pemenang hadiah Noble"

tepukan gemuruh kedengaran..dan pastinya esok, gambarnya akan terpampang dengan berita
hadiah yang dimenangi, selain duit
 "Nurul Fatiehah Asmui, anak malaysia pertama pemenang hadiah noble kategori fizik"


KALAU DORANG MINTA GAMBAR AKU, AKU BAGI GAMBAR NI
some fact: Lawrence Bragg, he received noble prize(physics,) when he is 25th years old..if the really thing happens like the story i create above, so i will be the youngest which received it at 24th..ooooo


tambahan lagi..hadiah noble akan diberi 10th december every year...oo...utk 2010 aku dah terlepas nak jadi calon..2011 cuba lagi..


MEROYAN..EXAM XABIS, TU YANG JADI GINI

Saturday, November 20, 2010

ada apa pada nama??

0 comments
salam 'alaik..

hai..nama saya nurul fatiehah..maksud nama saya cahaya pembukaan...saya xtau apa yang relate antara nama dgn sifat, cuma saya tahu saya pembukaan, awalan..sebab saya sulung dari adik-beradik saya..
mcm manggis kan??

saya selalu berfikir kaitan nama dengan objek..soalan yang saya xpenah dapat jawapan, macam mana buah kelapa laut mendapat namanya??saya kira semua kelapa berada di tanah pantai, jadi, mengapa namanya perlu ada laut..selain itu bentuknya xadalah sebiji mcm kelapa, jadi kenapa letak nama kelapa laut??

selain itu, mcam peperiksaan...siapa yang mencipta perkataan itu?kenapa perlu perkataan itu??saya buntu

satu perkara lagi yang saya pelik, kenapa dipasaran ada tudung namanya tudung rozita che wan??saya baru melihat beliau dalam tv beberapa hari lepas, saya kira rozita sudah bertudung sbb ada tudung namanya, malangnya, dia tampil berskirt pendek...mungkin rancangan yang saya tengok sudah lapuk..MUNGKIN.. mungkin dia sudah bertudung, sejajar dengan penjenamaan tudung rozita..tapi mungkin ..ah..entah la.oh..saya lupa..rumah saya xde astro...=p
ok..saya xjual tudung ni..saya copy je..

nama tudungnya seperti nama tudung siti nurhaliza..bila pertama kali mendengar nama tudung siti nurhaliza, soalan pertama difikiran saya, "sejak bila siti bertudung" dan lebih menarik, soalan sama juga yang dipikir ayah saya...

entahla..mungkin nama tidak bererti apa-apa..MUNGKIN

Saturday, November 13, 2010

first cartoon on television

2 comments
sekarang, rasa sangat semangat tengok popeye... rupanya popeye sangatlah tua, tapi aku xleh identify ketuaannya..cuma lagi tua, kartun dia yang keberapa entah pon disiarkan tahun 1933. dan selepas dok tgk popeye kat youtube, baru aku tau popeye ni bukan series...dia adalah movie pendek dan hanya brjaya dikeluarkan paling cepat pon setahun sekali.. bila dah banyak sangat, sekarang boleh buat series yang macam tak berkesudahan..

oh, sebenarnya, tujuan utama nak cerita ialah pasal cartoon pertama yang disiarkan di television.. umur dia lebih 100 dah..



amacam? nak tgk komen2 dan segala mende klik youtube k

i called it study week

0 comments
paper for this sem at 22nd and 24th november..thats mean after raya... so, i used this loooooong study week by going back to home...

the great things is, i do a looot of activities during my 'study week' like

malam himpunan seni at Semsas

jamuan makan2 budak kelas teater sbpik

jamuan utk menti2 cikgu asmui

main2 air at bukit gambang resort

SO MUCH activities, with REALLY SLOW the progression of study..

oh! this is so called my 'study week'?????

i got lot of picture, but dont know why, im bit lazy to upload it...

Sunday, November 7, 2010

jasamu dikenang

0 comments
salam 'alaik...

hari ni OSPE terakhir!!!means, lepas ni x ada clinical, iron lab coat, bangun pagi..hehehe(kenapa bunyi mcm mengada sangat?)

ok2...sebenarnya walaupon dah habis OSPE, xbermakna pon kita betol2 dah tahu semua pasal clinical2 stuff ni..tapi bak kata sape2 ntah, learning process dengan alam pekerjaan berbeza, so, apa yang kita belajar sekarang ni baru kulit je, lapisan luar, basic-basic je...banyaaaaaakkkk lagi bila dah kerja nnt..*doa2 aku dapat kerja yang bagus dalam bidang ni* amin~

OSPE kali ni berbeza la dengan sem lepas..kalau sem lepas OSPE lebih pada basic2 radiology, pasal image interpretation, pasal patient preparation..sem lepas banyak kena igt gambar2 anatomi..

Sem ni kes Radiology semua special procedure...so, soalan lebih pada procedure, klo anatomi yang ditanya pon lebih pada vessel dan image axial..kata special...kalau di Radiotherapy, soalan2 general macam penghasilan x-ray, radiobiology dan semua2 pon masih ditanya. so, junior, nnt simpan semua note 3rd year..hahaha

tq kepada semua supervisor sem ni...Sem lepas pon dorang sangat membantu, lebih2 lagi en.Hasni dgn en. Irwan, dan kak yati. Sem ni pon same, semua la, en hasni, en nazri, kak ida akan tolong bila sebarang kemusykilan yang timbul. cuma OSPE kali ni dah xade en Irwan...(jangan sedih kawan2..hehehe)..kak yati pon sangat baik semalam sebab ingatkan aku dan ekynn ape yang kami lupa time positioning. mereka semua sangat membantu.

en riduan yang sokmo bergaya kejam pon sangat baik time OSPE. walaupon semalam ktrng gelak jahat campur tak percaya, dia bila dia buat penyataan terbuka bahawa "saya xde lah kejam sangat"  tapi sebanarnya dia membuktikan.. walaupon hari ni, pagi2 lagi, aku dah kena ayat  " awak nak penumbuk?" sebab salah jawab, tapi dia jugak yang tolong clearkan bila aku dgn ekynn 'blur' time treatment planning, identify pengiraan aku yang salah tadi, dia yang cakap "bertenang2" bila aku cm stress sebab salah kira MU. so, sangat membantu juga..

terima kasih semua..jasamu dikenang...hehe..(aku rasa ayat aku mcm esok lusa nak grad dah, padahal FYP pon xbuat lagi..hahahahaha)

Thursday, November 4, 2010

korang kan suka perempuan cantik

1 comments
salam 'alaik...

untuk memenuhi kehendak semasa, entry ni...aku nak post gambar2 aku yang paling lawa...paling ayu..sbb trend sekarang, lelaki kan nilai perempuan yang leh dibuat bini dari gambar2 menarik kat fb dgn blog je..disebabkan satu factor, blog aku kurang menarik, dah tolak point untuk aku layak dipilih perempuan pilihan untuk dibuat bini, ni aku buat satu entry khas untuk nak memastikan saham aku tinggi...hahahaha..klo cantik, please vote aku jadi perempuan nak buat bini k...hahahahahahhahahahaha


ayu kan...korang suka kan???

tgk, I pon pandai buat pipi kembang cam U suka
nampak jelas x muka I??I bukan xnk bagi gambar jelas..nnt nampak la jerawat2
ni yang paling cantik kot....kottttt
innocence kan I...kan2?????

ni gambar I tgh posing..lawa kan??

boleh kan jadi perempuan paling ayu???hahahahahahahhahaha


 

bila rasa gembira Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal