Sunday, December 26, 2010

Ayah dan Esah

3 comments
Esah menangis tersedu-sedu di birai rumah..Matanya bengkak2 dek kerana berendam air mata seharian


Imah : sudahlah Esah, yang pergi tetap tidak akan kembali
Esah : aku tau Imah, tapi aku terlalu sayangkan ayah. Selepas mak aku meninggal dulu, dia rela membesarkan aku seorang diri.. (menangis)


Imah memeluk bahu Esah.Perlahan-lahan dia mengurut bahu Esah. Mata Esah semakin bergenang. Seraya itu Esah memeluk Imah kuat-kuat. Memohon semangat.


Imah : tak baik kita menangis teresak-esak meratapi ayah kau.. nanti dia tak tenteram disana
Esah : (smbil memperlahankan esakan) Habis Imah, aku buntu. aku buntu
Imah : Beginilah.kita masing-masing ada agama. kembalilah kepada agama kita. Dari kau terus meratap, aku kira lebih afdal kau doakan dia, sedekahkan ayat-ayat AlQuran buat dia. Moga-moga nanti dipermudahkan urusannya.lagipun kata orang, kalau kita terlalu rindukan dia, dia akan hadir dalam mimpi kita..kau berdoalah moga-moga berjumpa ayah kau dialam mimpi


Esah terdiam. Dia merenung kedalam mata Imah. Hatinya bersyukur kerana dikurniakan sahabat seperti Imah. Boleh menegur dan pandai memujuk.


Masa berselang. Esah tidak lagi hanya menangis. Dia menguatkan diri untuk menempuh kehidupan. Disamping itu, doa untuk ayahnya tidak pernah putus dari bibirnya. Dihatinya sentiasa teringat pesanan Imah. 


*tit*tit*tit* (bunyi mesej masuk)


"Tolong belikan ayah topup Rm30. ni nombor baru ayah 0138******. ayah ada masalah dekat balai polis. tak payah telefon dulu. nanti ayah telefon balik"


Mata Esah bersinar-sinar. Seraya itu dia mencapai tudung dan berlari-lari anak ke kedai Pak Kasim membeli topup.


" ayah..saya dah topupkan ayah. seperti yang ayah minta. tapi bukan Rm30 duit betol. saya dermakan topup tu pada orang lain, dan niatkan pahala amalan kat ayah. tak kan ayah nak rasuah mungkar nangkir dengan topup 30 kot. nnt ayah dah terima ayah mesej la"


*Sent*


Esah tersengih-sengih. Hei.kau igt Esah topupkan ke? Esah xbodoh la..

Sunday, December 19, 2010

jadi nenek

0 comments
aku bakal jadi nenek saudara.. 

adik aku punya anak dah mengandung

esok-esok beranak la dia

 so, start dari hari ni, panggil aku nenek













ini dia bakal ibu


p/s: adik aku nabila dok panggil kucing ni anak dia, so bile kucing ni bunting, aku pon kata cucu sedara aku akan lahir

ugly duck

1 comments
i was born to be an ugly duck..


but


dont worry



i never dream to be the pretty swam



but i do pray to be a great ugly duck



quek..quek...quek

Saturday, December 18, 2010

Tabiat

0 comments
SALAM 'ALAIK


Semalam, sepupu aku datang sekeluarga ke rumah aku. sepupu aku kak Zu dtang dengan anak2nya yang dua orang di sekolah rendah dan dua org di sekolah rendah dan seorang dalam kandungan. kira nya, budak2 tu semua anak-anak sepupu..Ok, aku kira dah tua la.


sedang kami geng-geng wanita berusia ni melepak-lepak kat dapur, aku terasa nak menjengah tengok bdak2 tu di ruang tamu. Rasa ingin tergelak datang.


aku   : perangai budak-budak ni sama dengan kite masa kecik, cuma mu tgk.
fairuz: : (menjenguk) ha...
umi    : ape mende nye?
aku    : ingat tak masa kita g rumah Cik Mah(mak kak Zu), kak Zu ada tegur, kita ni klo pegi rumah dorang, amek buku sorang satu, pastu senyap situ je..


Gelak-Gelak..kami kembali sambung berborak


kemudian bila nak angkat lauk, dan isi nasi, aku dengan rajinnya pergi bukak almari yang simpan semua pinggan mangkuk yang jarang pakai. tak kesah la kalau nak pakai yang lawa2, nnti aku jugak yang basuh..


kak Zu  : perangai awak sama je dari dulu sampai sekarang. Nak pakai yang cantik je..
aku       : hah???




pada aku, memang best guna barang dapur yang cantik2 selalu, tapi kalau selalu guna, dan xjadi cantiknya..


*******************************tIBA-TIBA BERANGAN NNT TUA NAK DAPUR LAWA JUGAK*********************************
dapat dapur cmni pon jadi la...jadi la....


tabiat aku yang xpernah berubah adalah mempunyai  bantal busuk dan bantal itu digunakan menutup muka ketika tidur.. walaupun bunyi cm bantal busuk, tapi bantal busuk aku pon sentiasa bertukar..Tabiat je sama...


sekarang jiwa xtenang...berapa hari dah basuh bantal busuk, tak jugak kering2..tambah2 musim hujan ni..asal malam jadi meroyan curi bantal orang..(malu2)
dah dua kali dapat bantal as birthday present..nanti nak bantal cmni pulak..hehehe


entry yang memang xada ilmu dan apa2.. sape baca jangan menyesal

Wednesday, December 8, 2010

sang putera katak

1 comments
salam 'alaik..


'Putera Katak'

alkisahnya cuti ni patik menghabiskan dengan menonton tv. Sepatutnya patik membuat kerja-kerja sekolah, tetapi malangnya masih tidak berjaya dan dengan ini, adalah tidak mustahil patik meraung ketika insan lain berehat dari menulis-nulis rangka kertas kerja.

oh, rancangan tv yang cukup digemari di teratak patik tika ini adalah Putera Katak. oh, bukanlah kami-kami semua beridam hendak menjadi bakal permaisuri dengan mencium katak yang busuk dan lembik itu, cuma itu adalah salah satu cerita melayu yang hangat dipertonton di tv3 dan tv9. Arakiannya, setiap 4.30 petang, tv itu akan direbut2, remotenya direntap2 dan dipertandingkan, dan calonnya adalah cerita lagenda(konon2) putera katak, ataupun cerita kartun bodoh yang berulang2 tetapi menjadi pilihan patik iaitu Catdog. Dan, malangnya jam 8 malam, seisi teratak tidak lagi melihat warta berita di tv3, tetapi menunggu di tv9.

oh, kerana cerita itu, semua katak-katak yang berbunyi dikatakan jelmaan putera katak..Patutkah aku menciumnya??(uwek~)

siapa mahu cium beta?beta ada jajahan besar di planet Katak Hijau

***********************************************************
seekor katak (jantan kot) masuk kebilik air ketika patik sedang bersiram.


aku   : umi, ada katak dalam bilik air
nabila: tangkap2, putera katak tu...
aku   : AH, mu ni...geli la..tgk lagi cite ngarut gitu


dan umiku datang bersama penyapu sebagai senjata


umi   : tutup balik lubang air, katak masuk ikut situ tu
aku   : la, halau je la kalau masuk, bukan bahaya pun katak
umi   : sape cakap?
aku  : dah tina(nora danish) siap2 peluk2, cium2, buat tidur
umi   : mu ni cakap kat nabila ngarut, mu pon sama..terikut cerita..katak ada air bisa,nanti dia sembur kat kita


dan kalau semua katak bahaya seperti dikata, aku rasa nora danish perlu awal2 beli insuran nyawa.


oh...dialog tu mesti la diubah suai...ko rasa aku cakap bahasa terlalu baguskah dirumah??


oh..kerana entri tentang raja2 katak, elok kiranya berbahasa cam hikayat2

Monday, December 6, 2010

BARU?

2 comments
kadang-kadang...
walaupun namanya berkaitan dengan segala yang baru
tapi ia bukan tentang baju baru
bukan tentang fesyen baru
bukan tentang wajah baru

kali ini,
ia tentang buku baru
azam baru
hati baru
matlamat baru
jiwa baru

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM

sambutannya lebih kepada pengorbanan dan keazaman

*******************************************

macam biasa, aku tidak ada azam yang specific..mungkin bila dah menjadi tua pelajar tahun akhir, aku sepatutnya mencipta dan cuba mencapai azam...

azam tahun baru aku mungkin,ah, xboleh nak fikir,
sebab literature review untuk FYP tak start lagiiiiiii...(sangat jeles dengan budak rajin macam uteh dan hanim...hehehehehe)


Saturday, December 4, 2010

a cup of tea~

3 comments
salam 'alaik~



(suasana: jamuan akhir tahun kelab teater SBPIK)


husni: umi, sedap la teh o yang umi buat..
umi  : oh.sedap ke? ni teh wangi..dari Cameron Highland
         (dengan nada yakin)
husni: teh wangi..patut la sedap.(dengan nada cukup
          percaya)





"teh wangi general, adalah teh import yang diadun dengan geranium dan haruman vanila dan memberi anda kesegaran dan nikmat teh yang sebenar"


(suasana: dekat rumah, ketika sedang kemas2 barang yang baru dibeli)


aku: umi, umi dah mainkan perasaan Husni..mana ada teh ni
        dari Cameron Highland, dia tulis besar2 kat sini teh ni 
         di import.
umi: oh..yeke..hehehehehe








atas tu gambar vanilla dan geranium...saja je letak~
************************************************************************


teh ni adalah salah satu minuman yang sedap dan mudah..tak kesah la teh o atau teh susu, dua2 enak..Dan tidak ada ganjilnya untuk teh yang berperisa, atau dicampur limau, laici, atau rambutan..

Dekat rumah aku, teh ni adalah satu minuman yang penting.. adik bongsu aku, Nabila, langsung xkesah untuk minum teh seharian.Pagi teh, tengah hari teh, malam teh sampai muka dan jadi warna teh.

***********************************************************************


Kelebihan teh


1. bagus untuk awet muda. teh mengandungi anti oksida, dan membantu melewatkan proses penuaan..
(ooo..patut la orang nampak aku macam kanak2 sekolah lagi..sebab kuat minum teh..hakhakhak)


2.membantu mengurangkan alahan. Satu kajian yang telah dilakukan menunjukkan peminum teh dapat mengurangkan alahan, sebab teh membantu melambatkan kesan alahan yang bakal diterima oleh kita.
(kalau aku sedang mengidap resdung, biasanya minum teh o panas menyebabkan aku rasa lebih selesa...OOO...aku resdung tahap teruk mungkin..alah pada sejuk dan debu)


3.menguatkan tulang..hohoho..biasanya aku tau susu menguatkan tulang, tapi kajian yang dilakukan menunjukkan peminum teh mempunyai ketumpatan tulang yang lebih bagus daripada bukan peminum teh.


4. mengelakkan kanser. teh turut membantu kita mengelakkan kanser.


5. memudahkan proses pembuangan air kencing.. yang ni aku belajar dekat Nuclear Med Department. fungsi teh adalah sama dengan fungsi Lasix(sejenis drug yang digunakan untuk mempercepatkan proses kencing-mungkin disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang)


6. membantu ketika cirit birit..haha..


semua sumber2 tu dari internet, (laman web berbahasa Inggeris, dan terpaksa ditranslate dalam bahasa melayu menggunakan bahasa tersendiri.) dan juga dari pengetahuan dan pengalaman ketika belajar.


ok, nah secawan~



 

bila rasa gembira Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal