Sunday, December 11, 2011

Plan 2012

0 comments

" aku nak beli planner untuk 2012"

aku memandang cik Laila dengan lama...tangan kami masih membelek-belek planner terbaru yang banyak dipamerkan...berbagai saiz dan rupa..berbagai warna..pelbagai fungsi

" kalau dah dapat kerja tetap baru aku beli planner"

lemah jawapan aku...lagi lemah bila berfikir tahun baru akan muncul dengan segera

" tapi kerja tetap entahnya bila nak dapat...mana ada orang beli planner tengah tahun.."

"aku nak tulis apa nanti dalam planner?  kalau aku beli sekarang, nanti dalam planner aku penuh dengan hari ni saya makan, hari ni saya tidur sahaja"

Gelak-gelak

"hei, ko tulis la dalam tarikh ko interview ke apa-apa ke.."


SENYAP..kelu juga.


dan kemudian kami keluar dari situ tanpa membeli sebarang planner..mungkin kerana plan untuk tahun depan masih samar2 rasanya



ini adalah cerita benar.mungkin diolah untuk lebih sedap.
oh, lupa..cik laila hanya nama samaran sahaja


warna merah untuk cik laila..yang biru untuk aku

Tuesday, August 23, 2011

kembar dan entri campur aduk

1 comments
salam 'alaik..

lately, kalau aku pergi mana2 dengan adik bongsu aku, soalan biasa orang tanya mak aku, 

 "eh, kembar ke?"

"xlah, ni adik yang bongsu, ni akak yang sulung. yang sulung 22, yang bongsu 14 tahun"

"oh, ingatkan sebaya"

dan biasanya lepas orang tu dah xada, aku just tanya satu soalan mudah,

"akak yang nampak mcm budak 14 tahun atau adik yang nampak mcm 22 tahun?"

ok, aku lagi suka bila korang kate aku nmpk mcm 14 tahun

.

*******************************************************************

 alhamdulillah.

sekarang dah start kerja ditempat baru..just kerja biasa2 dan kontrak aje..tapi kira bersyukurlah kan sebab  Tuhan nak beri kita rezeki.

ok, so sekarang duduk la menyewa..rumah sewa memang kosong dan bilik pon juga kosong..ok, tuan rumah sbnrnya baru jugak pindah masuk sini.

so, sebab dah boleh agak rumah kosong, aku siap awal2 bawak toto bagai..tapi lepas dua hari tidor dgn toto, aku rasa aku perlukan tilam..sbb malam sangat sejuk dan badan aku agak mengada bila dalam kesejukan.

tambahan lagi, aku ni memang suka tidur, dan suka tidur dalam keadaan selesa.aku sangat memilih bantal tdo, aku sayang bantal busuk, aku suka baju tidur, aku suka selimut lembut dan lusuh, sbb bila dah lusuh, kain tu jadi sangat selesa, aku suka tempat tidur yang luas, dan aku suka banyak bantal . kira ok jugak la sbb aku ni xminat shopping dan xkuat makan ..kira aku ganti dengan tido la

nasib baik hari ni safwan baik hati anta kitorang semua balik rumah, so aku dapat beli tilam baru..terima kasih safwan, aku janji  akan kurangkan buli ko

dan Alhamdulillah..berjaya baring dengan sangat selesa!!

*********************************************************************

tempat kerja jujurnya sangat best..sebab semua staf dan geng2 kerja otak gila2, so rasa segan tu hilang dengan cepatnya..cuma doakan aku berjaya menjawab soalan dari pengarah projek(kot) dengan laju dan tepat dan kurang terkena leteran dia..itu aje






Sunday, August 14, 2011

misteri

1 comments
salam alaik'



dulu-dulu aku xsuka kucing, bukan benci kucing cuma kurang minat..tau mereka tu comel tapi xde la rasa nk gosok2, nak belai2..just bagi makan aje

adik-adik aku, ikhwan dan nabila mmg gila kucing..sayang sangat..kalau nabila tu, kucing kurap pon comel..ikhwan pernah nangis bengkak2 mata kucing mati dan hilang

tapi sejak kawan dengan uteh, aku jadi suka jugak dekat kucing. kiranya peratusan suka tu tinggi la.Uteh selalu tunjuk gambar kucing dia, tegur2 kucing cakap dengan kucing..kiranya same je uteh dgn nabila.

ok, kat atas tu masih bukan cerita misteri.

yang misteri dekat rumah aku ni, asal anak kucing comel sket dan disayangi sket, mesti hilang secara tiba2..takde bunyi gaduh, xde ape, hilang..kalau kene makan mesti ada kesan, dan biasanya hilang masa awal pagi.

kalau dulu seekor je hilang, sbb memang seko je dia..tapi kali ni 3-3 hilang serentak..dalam pukul 1 pagi tu anak kucing masih dalam rumah, tapi bangun sahur dah hilang

nak kata cik bi atau cik ular macam xmungkin.satu pagar tutup, satu lagi xkan dorang ngap tiga-tiga serentak. nak kata dicuri orang pon pelik, bukan kucing mahal, kucing melayu je..


kawasan rumah yang tepi hutan mmg agak mistik..aku syak 'mereka' saje sorok..kalau kita sorok mereka punya, apa agaknya rasa mereka?






















Thursday, August 11, 2011

belum kawen lagi lah

6 comments
lucu  bila kawan dah ingat aku dah kawen..tambah lagi lucu sebab bukan seorang dua..


"belumlah...bila pulak aku kawen??"

"xde la, muka ko macam orang2 yang kawen awal"






so, sekarang aku keliru..muka orang kawen awal tu mungkin merujuk kepada dua andaian, antara aku ni muka gatal nak kawen, atau aku muka baik yang xsuke tangguh mende xpasti lama2...


yang mana satu muka yang describe aku???


hehehehehehehehehehehehehhehe






p/s:mende tak pasti mcm bercinta ke, bertunang ke xbaik heboh2..maksud aku xbaik canang2 sgt..setahu yang kita blajar dalam kelas agama dlu, yang bertunang tu biar family je tau..cuma kalau ade yang lain masuk merisik, bru lah bagitau yang kita ni tunangan orang..cuma perkahwinan wajib bagitau...


p/s 2: jangan salah sangka..aku pon bukan tunangan orang..hahaha..masak pon xpandai lagi la........

Thursday, July 28, 2011

KLCC dan Taj Mahal

2 comments
bye-bye sis...

inshaAllah, five years later, a doctor will ask us,

"ye kak long, mu sakit gapo??"

hehehehehe


insha-Allah, for a few years, Malaysia-India xjauh mana..kiranya KLCC dan Taj Mahal tu sebelah2 je..



p/s: cakap pasal KLCC, aku pernah g skali je..sekali je tau..tu pon g melawat Petrosains..eh, betol kan petrosains dalam KLCC??hehehe..orang kampung~~


klo ada lapang, nnti upload gambar..hehe

Thursday, June 23, 2011

xde kerja

5 comments
*guling-guling stress*

u.n.o.c.c.u.p.i.e.d

seminggu dua mungkin gembira, tapi dah lama-lama rasa serba xkena

sebelum ni dah pernah kerja part time, tapi xlama..ada lah isunya..tapi lebih kepada kesucian dan halal rezeki. gaji tinggi, sembahyang boleh, kerja-mate baik gila tapi duit tu yang xberapa cantiknya..

ok, 

s.t.o.p

cari kerja baru.sama bidang. tapi gaji hari.10 sehari..xde kerja-mate, xde cuti, xde shif, kedai pon kosong..jiwa aku pon kosong.

aku xde kerja, xde kenderaan, xde apa2..rumah pulak dalam perkampungan, nak ke bas stand pon perlu bermotor...

a.a.a.a.a.a.a.a.a.a.a.a.a.a.a

xde kerja xde duit, xde duit xde makan(ceh, aku makan kat rumah la)

ikot hati nak keje luar..maksudnye, cari rumah sewa, cri keje..tapi bila aku tny pendapat en hafiizh

"xpayah la kerja jauh2 lagi..nak bulan puasa.kalau boleh tahun ni puasalah kat rumah..nanti dah ada kerja tetap, nak bukak puasa ngan ayah n umi pon xtentu dapat..lepas raya la."

a.a.a.a.a.a.a.a.a.a.a.a.a.a.a.

nak kerja ke tidak..nak kerja ke tidak..


a.a.a.a.a tu bunyi aku menjerit ok

Wednesday, June 15, 2011

mungkin

0 comments


"Dan kami turunkan Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan sedangkan bagi orang yang zalim, Al-Quran itu hanya akan menambah kerugian"
(surah Isra', ayat 82)

mungkin kebetulan, mungkin tidak disengajakan. dan mungkin penulis itu tidak mengetahui hukum itu dari Tuhan.dan mungkin beliau perlu menggunakan fikiran.




aku bukan sengaja baca kartun ni, sengaja cari ayat ini, tapi terjumpa masa belek2 tafsir sahaja..

Tuesday, June 7, 2011

0 comments
kalau ada rezeki, xkemana
kalau xada tu, puas kejar pon tak jumpa

Friday, June 3, 2011

special?

2 comments


ye...itu aje...that's that...


clap..clap

Thursday, June 2, 2011

kuantan dan kereta merah

0 comments
"penatnya"

aku mengeluh2 kecil.Rasanya macam sudah lama tidak berjalan kaki berulang alik seperti ini..Ya, sejak keluar dari USM.

Hari ni aku berjaya keluar ke bandar..Tidak besendirian. Bersama Fairuz. Cuma tiada kenderaan. Maksud aku persendirian la.

"dah berubah ye bandar Kuantan. Punya lah jauh nak pergi terminal bas ting-tong"

mengeluh lagi.

Adik aku senyum sinis. Mungkin kerana bandar kuantan xde lah banyak pon berubah, cuma kami yang memang terperap kat rumah bila balik kuantan. Tambahan pulak, sejak bertukar ke rumah tetap ni, aku masih xtau jalan pintas dan tempat menunggu bas.

Dari pejabat pos bandar kami menapak ke CIMB.jarak dekat mungkin. mahu settle urusan bayaran untuk hard cover fyp aku. Sekaligus adik aku mengaktifkan CIMB-clicks dia..Mudah nak beli tiket flight katenya. 

"nak pergi mana lepas ni?"

adik aku angkat bahu..aku lagi bingung.

"nak balik dengan ape ni??"

"naik bas nak..murah sikit"

"tau ke nak naik kat mane?"

aku pulak garu kepala..xgatal..cuma berfikir2..menimbang2.

"tanya orang mpk tu la..dorang keje sini..mesti tau jalan pintas"
aku mengusul..adik aku hanya angguk. menapak lagi

"jalan sini..belok2..tapi jauh jugak..nak mudah tunggu je bas depan masjid tu..dekat pokok buluh"
makcik2 mpk memberi cadangan..kami angguk, senyum dan terima kasih.

Menunggu bas satu penyeksaan.mungkin kerana terlalu lama..

"kang best kalau time2 gini jumpa secret admire zaman2 dlu..siap ade kereta..untung2 dia tumpangkan kita"
aku mula berangan. adik aku mula gelak2.

"secret admire mu la..yang dekat kuantan..aku xde yang kat kuantan"
gelak besar Fairuz..aku sengih2...konon2 setuju.

Tiba2 sebuah kereta merah meluncur ke arah kami..dari luar kami nampak pemandunya senyum2 dengan samar2.

"eh..dia la!!"
aku terkesima.

kereta merah berhenti betol2 dihadapan kami..aish.kenapa aku jadi keliru ni.. xtentu arah.

pemandu itu menurunkan perlahan2 cermin kereta. Dia senyum. Bersama cermin mata hitam.

aku garu2 kepala..aish..nak buat macam mane ni..cmne nak cakap ni

" adik nak pergi mane??"

"permatang badak boleh?belakang sungai isap jaya.."


aku senyap...Baliklah. penat nak tunggu bas.Pemandunya masih senyum2





"cukup la kot duit nak bayar tambang teksi ni.."
bisik sendiri

Thursday, May 26, 2011

cari kerja dan menuju wawasan

0 comments
salam 'alaik

selama beberapa minggu menanam anggur yang xberbuah2..memang stress agaknya hidup

jeles dengan kawan2 yang dah bekerjaya, dah menunggu duit gaji
dan stress dengan perkara hadapan yang masih belum nampak apa2

situasi aku sekarang kena betol dengan komik Yoshino Aki, cari kerja...baca la, seronok kot, rasa mcm kena atas batang hidung..

ni link dia..serius aku suka watak komik laki yang hensem-sempurna-dan sedikit berlagak bercinta dengan wanita yang-xde la lawa gile2-tapi semangat mau kuat..hehehe..klise



lagi satu, 

terdengar balik lagu nasyid menuju wawasan. lagu ni agak lama, suara firdaus dan dibarukan oleh UNIC.. aku mula2 dengar masa kecik, sbb ktrng suka sgt ngekor ayah aku bwk budak g kursus2 ni...

rentak lama agak menambah semangat compare dgn dibawa UNIC, walaupun sedikit rancak, tapi kurang roh

agak2, bila dengar lagu ni, bertambah x usaha aku



sesungguhnya, keinsafan tu seperti kilat, yang datang menyambar, cerah tetapi sebentar cuma

Wednesday, May 25, 2011

0 comments
air dah kembali ke bandar kuantan.boleh kembali

menyambung kerja rumah seperti mengemas dan

menyapu.mungkin secara teori air xdiperlukan utk itu, tapi klo

keje penat, nnt nak mandi,nak minum kene minum air
















ni status yang amat panjang untuk fb...byangkan aku 


membaca secara lisan, tanpa henti..






















sesak nafas!

Tuesday, May 24, 2011

like dan unlike

2 comments
salam 'alaik...

saya bukan jenis yang rajin LIKE page2..jarang kot..yang biasa saya like biasanya page yang memang super2 like..

sebab tu saya jarang support kawan2 yang join contest2 like ni..

tapi 

kali ni kwan lama saya join contest..contest ok la, sbb model2 tu bukan mereka..just ilustrasi komputer. cuma yang xgemar sbb kena like page admin atau tokey kedai..

so, saya follow step tu,"LIKE" page tokey kedai

next, "LIKE" gmbar rekaan kawan saya

bila naik "You and *** like this photo"

saya pergi kembali ke profile tokey kedai,

dan "UNLIKE" kembali

saya "LIKE" untuk vote kawan sahaja, dan "UNLIKE" sbb saya xpenah berminat dgn kedai dia 

ok, typical me~

Wednesday, May 18, 2011

waktu malam

4 comments
salam 'alaik

malam2 gini, time2 mata cerah sangat ni, aku terasa rindu pada suasana beberapa minggu yang lepas


stay up malam2 buat kerja
nonton2 discovery channel,
nonton2 axn, tgk cerita medik2 name  House kot
tgk cite ape tah yang main2 air
makan megi bersulam kopi
lapa lagi keluar seven e pukul 4 pagi
dan terus berjaga sampai subuh
lepas subuh dengan mata lebam keluar cari sarapan


rasa rindu pada minggu2 itu, rindu pada aimi dan ecah walaupun kadang2 mereka sangat kejam dengan aku, rindu pada astro sbb rumah aku xde siaran berbayar itu...

p/s: dorang claim aku yang menyebabkan dorang gemuk sbb bagi megi2, tapi bile recall balik, tgklah berapa kali makan dalam satu malam..

p/s lagi : bile tgk cite medik2 oversea mcm House ni, teringat aku pada cinta medik.kenapalah susah sgt aku nk lupa mende2 annoy gitu

p/s lagi ni: aku memang fail  bg tajuk entri.kene start kursus menulis tajuk yang hebat..mungkin prof mat atau dr.aref boleh ajar lagi..T.T

nenek si bongkok tiga

2 comments
nenek, nenek si bongkok tiga
SIANG MENGANTOK MALAM BERJAGA
mencari cucu di mana ada
NENEK NAK KAWEN DENGAN ANAK RAJA





lame2, rasa lagu ni makin sesuai dengan aku, dengan pinggang sakit duk main laptop, dan dengan tdo siang yang byk, dan rasa nak kawen dengan org yang dah kaya je...


ops, ayat yang bawah tu gurau2...kate umi aku, mende yang paling bagus lepas kawen adalah merasa susah bersama2 sebelum senang bersama2 di kemudian harinya..kalau kawen dgn anak raja, dan2 la goyang kaki je sentiasa..(kononnya)

Saturday, May 14, 2011

wahai blogspot

4 comments
blogspot buat dajal...

dah dideletenya entri aku(nasib baik temporally)
dideletenye komen2

sbb jarang dapat komen dan sikit sangat follower,
so, sangat la marah bile blogspot buat gitu kat aku
baru nak rasa gembira melayang2 orang baca blog aku,

dan, aku xjadi nk melayang dah..

ade macam desperate x??hahaha..ni name b.o.s.a.n

masa kecik2 dorang kate jangan tulis dengan warna merah, nnti celaka...jangan percaya k

Friday, May 13, 2011

thriller

0 comments
kreeeeekkk(bunyi pagar besi)
dum(bunyi pintu ditutup kuat)
vroom(bunyi kete dipandu laju)


Jam 2.00 pagi.aku seorang diri diruang tamu.bunyi2 diatas telah menyebabkan dadaku berdegup laju. 


hati cemas. Rumahku sekarang tidak selamat.. pagar yang memagari rumah terpaksa dicabut, kerana di renovate. tiba2 teringat, pagar besi kami tersidai di luar begitu sahaja.


TAK SELAMAT


aku mengintai2 . kelibat kereta hitam yang besar mencurigakan..ini bukan kereta jiran, dan kenapa kereta dia harus dihadapan rumahku..bermacam2 fikiran negatif terlintas


usai saja kereta itu berlalu, aku segera menjenguk keluar.tetapi terhenti. aku anak dara, pada jam 2 pagi kalau diapa2kan, nahas saja. segera berlalu kebilik adik lelaki..konon2 mahukan pertolongan.


HAMPEH


puas kukejut, tapi xde sesiapa yang bangun. berdebar makin kencang. kembali keruang tamu.


AH, APA2 BERLAKU PON, AKU XNAK TIDO MALAM NI..KALAU ADA APE2, SENANG.


tup tap tup tap


derap kaki dari dapur. aku berlindung dibalik kerusi, menyintai siapa yang datang.


HAH, XTDO LAGI!!


jerkah ayah mengejutkan. aku segera mengalihkan perhatiannya, menceritakan kerisauan aku kepada ayah.


umi terdengar perbualan aku, dan seraya menyampuk


RUMAH DEPAN TU, ADIK DIA YANG PAKAI KERETA BESAR, DORANG NAK G TGANU,CANDAT SOTONG..


tambah lagi


ITULAH, BANYAK SANGAT TENGOK CITE OMPUTIH. CITE THRILLER.


sengih.

Thursday, May 12, 2011

teharela- cari keje

2 comments
aku nak buat komik bersiri teharela-gabungan  tehah dan cinderella


CARI KERJA




ibu tiri : tehah, kamu belum cari kerja...kau ingat kau siapa?ingat harta ayah kau dah cukup?(nada kejam)


teharela  : maaf ibu...saya keliru, xtau nak cari kerja mcm mana...maaf ibu


akak tiri   : kih kih kih..kene marah


sebenarnya ni bukan kisah cinderella ke teharela, entri ni sbb aku ade gmbar stay terakhir aku, amy dan ecah, dan semestinya teharela tidak akan ada sambungan.


p/s: bila lagi mau stay up sebegini, dan keluar seven e pukul berapa ntah pagi

Calon menantu

2 comments
mek    : bulan 6 ni mok Pah nk tune, pastu Nasrul pon nk nikoh
ayah    : bakpo Nasrul dulu, buke Apih?
mek    : Nasrul ado calon doh, Apih belum lagi..tapi dio dah suruh
              mek cari la, dah jupo doh. bdk kampung sebelah, pandai 
              masok,pandai jahit, pandai jago anok..
aku     : (bisik kat umi aku) kalo akak dok kampung, sure2 jadi anak dara tua.


mok pah tu mak sedara aku, Nasrul dan Apih tu dua2 sepupu aku.

Monday, May 9, 2011

datang dan pergi

0 comments
salam 'alaik~


hidup ini sentiasa atas dan bawah. datang dan pergi.bersilih ganti.

nasib itu  atas dan bawah, rakan datang dan pergi, dan lembaran hidup bersilih ganti.

hidup kita sentiasa bergerak kehadapan, antara suka atau tidak, itulah hakikat

dan, 

hanya memori dan kenangan yang mampu membawa kita kemasa lampau..

bila terbaca entry kawan aku, cik snow, pasal kawan2 ni, aku rasa betol jugak..walau bagaimana baik pon kite dgn sesorang, tapi bila dah sangaaaat lama xjumpe, perasaan awkward akan datang jugak

xtunggu contoh banyak, aku rasa aku dengan kawan2 skolah rendah pon rasa awkward. rasa macam eh boleh ke aku ikot stail dorang, dorang ok ke dengan aku..dan banyak lagi la...

kadang2 sebab dah ramai kawan bersilih ganti, kita mula terpikir, 
" eh aku baik ke dgn si polan ni dlu"
padahal itulah kwan tdo sekatil dlu

cuma, aku rasa  sangat bertuah sebab kawan2 selalu tinggalkan memori yang baik, bagi surat2, kad2 dan hadiah2, untuk nanti2 kite bile tgk je bende2 tu, teringat dorang biarpon lama sangat xjumpa...

p/s: aku baru selongkar kad2 dan surat2 lama kawan2, rasa senyum xberenti..plus sedang susun baik2 hadiah kawan2 dalam kotak, sebab rumah aku tengah renovate..cuma sedikit ralat sebab surat2 zaman skolah dah hilang terhapus kira time pindah rumah dlu...

p/s 2: aku dah simpan baik2 dalam file segala memori tu..dan dah update sijil2..sedikit lucu bila tgk sijil sekolah rendah yang kertas A4 bahagi separuh..alahai~~

Wednesday, May 4, 2011

for the last time

2 comments
the funny things, we keep say it this for our the last time, even we were promise, this not the last time.it only at the half way.

it only the end of study life(at usm), not the end of our friendship. we still meet each other later, maybe at gathering, maybe when attending wedding(ssssss), or maybe we will work at the same company later.our maybe we will further study together, become the classmate again

we become friends, and always be friend...


p/s :sebenanrnya, berpisah dengan kawan2 time dewasa ini sangat menyakitkan dari berpisah dengan kawan2 zaman kanak.zaman kanak2 kite masih membesar, mencari identiti dan bakal berubah identiti... tetapi zaman dewasa ini, masing2 dah membawa personaliti utk dibawa sampai ke tua nnt..

p/s 2 :aku xnk ulang ayat sedih je..tapi kite akan berjumpa konvo nnt kan??

p/s 3: kalau ada interview kat kuantan, datang la menyinggah kerumah aku..12km je dari bandar..hahahahaha

Sunday, May 1, 2011

wishlist

2 comments
1. graduate without any problem..i mean academic and social life
2. spend my valuable time with all my beloveds~
3. creating great memories
4. having the future without great difficulties
5. never been forgotten 
6. will find a nice job, with nice worker
7. will be evaluated based on how i work, not how i look
8. will given a chance to future study
9. will finish al-Quran before get married

and more important, i hope in my convocation day, i will able to meet all my friends, say hello and shows how much we miss each other.

 creating memories is great but to ends it is a pain. being apart with the beloved person is a pain. I do wish i never love anybody, never creating memory,and so i get no pain.But it is impossible. So, now, the main wish is to keep everything which always be with me.

P/s: perasan x saiz tulisan blog ni ikot mood tuan dia. kalau semua besar2 tu, mean tuan rumah sedang semangat..dan kalau kecik2 tu, tuan rumah sedang sedih..atau malas~

Thursday, April 28, 2011

Pen atau tangan

0 comments
salam alaik

xpernah aku buat gila menulis dua entri pada masa yang sama..kali ni aku berjaya membuktikan aku boleh.

menulis dengan pen ini sangat menarik, selain kerana tangan aku cramp, sbb nature aku menulis dengan sangat menekan, tanda orang serius, atau bahasa mudahnya mudah tertekan dan kerana aku xpernah hanya menulis dikertas tanpa terconteng ditangan, hatta pen dakwat kering.

aku boleh berbangga boleh memusing pen dan memetik jari dengan tangan kiri sahaja, walaupun hakikatnya aku bukan kidal.dan malangnya, tangan kanan hanya untuk kerja2 serius sahaja

ah!!!aku suka memcampurkan entri blog, dan menyimpang!!!

p/s: korang mesti tertanya2 aku ni betol2 ke dah berusia 22??
p/s 2: esok lusa aku mesti delete dua entri ni...mesti...buat malu je

cinta kanak-kanak

0 comments
salam alaik~



kawan  : Fatin, cuba awak msg pakwe kite..cuba awak ngorat pakwe kite, nk tgk die layan xawak..
fatin     : ok..nnt aku cuba.


tafsiran aku cinta monyet adalah cinta kanak2...cinta orang yang masih xmatang dan hanya untuk suka2
cinta kanak2 ni biasanya berlaku time bdan kita start berubah hormon, dari konon2 baik kepada nakal, dan biasanya cinta kanak2 ni lagi hebat dan power dari cinta org dewasa.cemburu nya, bahasanya, kalah orang dah menikah.


my parents seingat aku xpernah bagi warning kat aku, 


"kakak, jangan gatal2 nak berpakwe"


cuma macam selalu cakap belajar rajin2, jangan main. dan hasilnya, aku xpernah berpakwe semasa kanak2. dan aku sentiasa menjadi anak yang baik.maksudnya, kalau ade lelaki kontek aku, msg2 ke, konon2 suke ke, aku cerita kat mak aku, dan tanya pendapat die.dan normalnye, pendapat tu boleh gune..well, aku dengan mak aku mmg macam kawan2, suka cerita macam2. dan sampai lah sekarang, start dari couple dengan en hafiizh, sampai sekarang, aku sentiasa bercerita.

aku xde cinta kanak2..so, xleh nak kongsi.well, setakat admire somebody tu normal kan...aku ni jenis yang sangat kuat bersaing..untuk menjadikan aku semangat belajar, aku akan admire someone yang hebat..dan target aku xlain xbukan nak beat die je. bila dah berjaya beat, aku cari orang lain untuk diminati pulak.


p/s: sebenarnya aku buat entri ni sbb dengar lagu Mahar Cinta dari devotees..mcm tacing kan...mcam lari topik kan
p/s kedua: teringat first time aku gtau aku dah couple dgn en hafiizh.gigil2 nk cakap, alih2 mak aku gelak sakan.
p/s 3: dialog awal tu cerita betol..msg dari kawan adik aku..dan sebagai akak yang baik, aku marah adik aku gile2 dan ugut die mcam2...
p/s 4: menyesal?sori xbg warning awal2

Tuesday, April 26, 2011

talian

4 comments
talian itu tercipta tanpa wadah, 
tanpa wajah, 
tanpa kaedah, 
tanpa penyudah.

bersulam diantara sedih dan ria,
benci dan rindu,
sayang dan cemburu.

mengalir seperti air,
seperti bayu,
seperti debu.
yang tidak akan berakhir walaupun berlalu. 

tetibe terbuat sajak lepas baca blog exrumet aku dlu..lama xmenggarap ni..agak2 kalaulah family aku baca, mau kene kutuk sajak kanak2 kot

dalam mood nak abis blaja..asyik mimpi ari terakhir masa skolah dan matrik..normal aku nk jadi org last tinggalkan situ, sbb aku xmau dilihat menangis.

p/s: tanpa mereka, aku hanyalah insan yang berlalu dalam hidup tanpa sebarang kesan dihati

Saturday, April 23, 2011

aku yang kolot dan lirik lagu cinta

3 comments
salam alaik~


benda paling best bila duduk dalam bas adalah termenung panjang, tengok keluar tingkap sambil layan perasaan..tambah2 lagi kalau pakcik bas pasang lagu jiwang...boleh layan perasaan..boleh tertido...


dap dip dup
kau cium pipi kanan kiriku 
ku terasa malu


lamunan yang best tetibe terhenti..mulut aku ternganga..aku pasang telinga besar2, nak dengar lagu melayu ke indon


habis je lagu aku ngomel sorang2..yela sorang2 sebab duduk sorang2..agak2 melayu sekarang dah jadi bebas kot..setakat cium pipi kanan kiriku tu romantik kot...xape la..skit2 je kot


ah!positif thinking...lagu tu utk mak ayah kot..mak ayah kan boleh cium pipi kite..
dengar lirik lagi...



Jangan jangan cuba kau rayu
Jangan jangan cuba kau ganggu
Jangan jangan cuba lukai aku
Hanya sekadar nafsu




ah, mak ayah ape kalau ade lirik goda2 aku?


suami???
ah!!
klo suami lagi bagus kan die goda2..ni xbagi goda.just bagi cium pipi je

pesanan: jangan cuba google lagu ni kalau xsure lirik, kang jadi macam aku, random googling, banyak website lucah je yang keluar..nasib baik aku surekan balik lirik tu


aku ni kolot kot...atau aku ni yang dah ketinggalan zaman..hei, cium2 pipi hukum dia halal kan (sarcasm)

pesanan kedua: yang lirik atas tu tepat..kalau korang nk google, kire dah selamat..kang aku tulis name penyanyi kang tibe2 blog aku jdi femes dgn fans die..xyah la..aku xde nuffnang pon~

Sunday, April 17, 2011

Drama Queen

2 comments
aku xsuke jenis org yang drama queen..bg tafsiran aku, orang jenis ni yang suka tagih simpati orang, dengan mata berair2 dan berbagai alasan..

tapi, benda tu berbalik pada aku sendiri..yela, orang kata, kalau menjerit dalam gua, gema tu akan terpantul pada kita balik. maksudnya, apa yang kita kate, mende tu akan balik kepada kita.

aku rasa aku dah jadi drama queen, cuma xmcm fasha sanda la cakap lembik2, dengan mata konon2 innocent.


aku mmg xlayak jadi drama queen..sebab utama, nampak sangat aku kufur nikmat. time aku susah, bukan sorang dua datang tlg, bukan sorang dua dtg support, bukan sorang dua tny khabar, tapi RAMAI

dan untuk apakah kita menjadi TIDAK BERSYUKUR dengan meratap malang nasib dan berputus asa?


p/s: rasanya org yang layak jadi drama queen adalah fasha sandha dalam cite natasha...dan la menumpang, xde mak, ayah, kawan sorang, janda pulak, dan ending irfan mati...tapi drama kang?plot cite mesti mau sedih, kalau x orang xkan kesian

Thursday, April 14, 2011

REVOLUSI muncung fatiehah asmui

4 comments
salam 'alaik~

sejajar dengan perkembangan masa, peradapan dan sosio-kehidupan telah pon berubah.....

ceh, ayat skema

sekarang ni trend amek gambar mulut muncung2 itik...bagi aku, mende tu bukan baru...masa aku kecik, adik aku suka merajuk dan buat muncung2 itik..dan sebagai balasan.emak aku geram dan ditarik2 nya muncung itu

tapi sekarang, muncung bukan untuk ditarik2 sakit, tetapi untuk menjadi lebih menarik

masalah aku sekarang, aku sudah cukup ketinggalan zaman..aku xada gambar bermuncung itik...so, setelah merasa aku perlu bergerak sejajar dengan perubahan masa, rasanya aku perlu sesekali bergaya ala2 muncung itik


dan, masa ditunggu2 sudah tiba...


jeng...jeng...jeng











kate nak muncung itik, ni la muncung itik, panjaaaaaaaaaang...setakat muncung pendek2, xcomel langsung...tambah lagi bibir kerepot2.

Friday, April 8, 2011

Pertambahan usia dan pertambahan penyakit

2 comments
Salam 'alaik...

entry ni lebih berkisar pada diri ...sebenarnye memang pasal aku aje

macam tajuk, macam tu la isi...dah masuk umur wajib mengundi ni, macam2 penyakit yang muda2 dulu xada, atau xkronik, datang bertimpa2...

i) resdung..dulu2 punca resdung aku hanya cuaca sejuk dan habuk/debu..sekarang salah makan dan makin menjadi2..dulu kalau alergic setakat bersin2 xberenti, sakit kepala, sekarang dah ada tanda yang up lagi..bulan lepas makan kerang habis muka merah dan mengelupas, malam ni makan belacan habis satu badan gatal mcam demam campak

ii) demam- dulu2 kalau demam yang kronik gila pon sakit kepala campur mimpi mende merepek2...sekarang bukan setakat sakit kepala, siap dengan pakej tonsil bengkak lagi.lagi tua bila aku demam berserta sakit seluruh sendi.demam urat sebutan mudah..dah rasa tahap orang tua sangat dah

iii) sakit wanita- dulu2 mane pernah aku sakit mcam wanita2 lain..mane pernah berguling2, makan panadol menstrual ape tah...sekarang kalau cramp sini cramp sana tanda nak period dah jadi perkara rutin dah..aish

ni je penyakit yang datang dalam otak sekarang..memang la bunyi die macam "alah, ini je pon" tapi aku still nak mengada nak cakap

"AKU NAK JADI MUDA BALIK LA GINI"


p/s: mintak2 ni je tahap kronik aku..sesungguhnya nikmat sihat itu sangat besar harganya

(ayat mesti mahu power)

Friday, April 1, 2011

dinner MR

2 comments
salam 'alaik~

Dinner MedRad(MR) semalam sangat best...makanan best, persembahan menarik gak, tempat pon lawa..

malangnya, aku xada gambar dinner, sbb hp yang ade kamera dah rosak(tibe2 lepas balik interview..mmg malang aku ni), dan aku xmampu beli kamera...aku hanya menempel je kat kamera sape2..

tq kepada kakak2 dan abg2(xde la abg, saf ngn izwan je) yang banyak melayan kerenah aku...amek gambar aku ni..pujuk aku semalam bila aku nangis..yela, agak sedih la...3tahun dinner aku xpernah kot dapat duduk semeja dengan satu batch aku~

satu je gambar aku curi pada fb hanim...sebab gambar ni menunjukkan betapa bulatnya sebenarnye aku~


nnt dah ada gmbar banyak2, aku buat entri lain pulak~


 

bila rasa gembira Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal