Tuesday, March 15, 2011

radiasi dan hujan asid

2 comments
salam 'alaik~

uteh: ko ada baca x rumor dekat fb pasal radiation leakage yang dekat jepun tu boleh lead kepada acid rain?so, klo hujan dua tiga hari ni, kene guna payung

aku: ade?kat fb?

aku dengan uteh senyap...cuba mengimbau balik kelogikan di sebalik ayat tersebut.fikiran yang melayang2.. walhal, doktor aref sedang rancak dan semangat mengajar di depan

eh..logik ke?

logik?

xlogik?

uteh kembali bermain...dia mula memecahkan kepala aku dengan meletakkan chemical formula utk acid rain. asal kejadian air berformula H20..acid rain kau kene tambah corbonate ape ntah.. dan setahu kami, carbon diokside ke triokside ke xada kaitan dengan radiation.

ye..radiation memutuskan struktur molekul, mengubahnya kepada free radikal molekul, tapi ia tiada kaitan dengan apa itu hujan asid..

uteh melawak, 

"nanti habis kelas kite tanya doktor aref"

sengih kambing..

tut*tut*tut*


"hahahahahahahahahahahahahaha.."

doktor aref menerima msg yang sama seperti perkara yang kami bincangkan..dan hasilnya hanya gelak besar yang kedengaran

p/s: ayat perbualan sebenar aku dan uteh mestilah tidak seratus peratus tepat..cuma yang paling tepat dalam cerita diatas adalah radiasi tiada kaitan dengan hujan asid..oh satu lagi..aku dan uteh memang kuat berkhayal dan berbincang mende2 tak berkaitan dalam kelas..=P

Friday, March 11, 2011

log sepuluh dan persamaan panjang

3 comments
salam 'alaik..


walaupun prof Mat cakap, perkara paling penting untuk sesuatu penulisan adalah tajuk yang catchy, tapi aku tetap xmahir nak buat tajuk yang begitu....


oh...dengan bangga nak cakap, tajuk research aku dah jadi catchy sebab prof mat dah oter2 tajuk aku, agar sedap dan best dibaca serta macam gah bunyi


ASSESSMENT OF DISPLAY MONITOR FOR RADIOLOGY WORKSTATION BASED ON AAPM TG18 PROTOCOL STANDARD


AH...best la kot..


berbalik kepada asal, disebabkan aku punya data xsiap lagi collect, padahal orang lain dah siap dah, aku pon nak rajin2 kan diri analysis dulu data2 yang dah ada..kiranye, aku konon2 dah siap halfway jugak la... setiap komputer ada 13 test yang specific untuk  mereka, dan aku sekarang dah ada 9per 16 komputer. dalam banyak2 test, ada satu test cukup menguji iman untuk analysis mereka..


 tgk tu..persamaan bukan main panjang...pemalar bukan main panjang..kalau gune kalkulator saintifik pon, sampai 3 kali lebih limit..-_-. bygkan aku main kira2 mende ni untuk 18 kali just untuk satu komputer...


dan satu mende lagi menguji minda aku, aku dapat calculated value yang besar gila, terover lebih limit.. disebabkan aku pelik dengan result, nak sejam aku mengadap laptop, google2 journal, kecik2 kan mata baca pdf(s) dan mcam2 lagi sampai aku rasa dahi aku dah tahap wajib kene iron kot...


last2, bila aku dah rasa macam ah!!!!! untuk kali ke lima puluh, baru aku sedar kesalahan paling simple aku...


sejak bila nilai log(sepuluh) 168 = 168?


lepas penat berpinar mata, rasa nak gila last2 skali belajar jugak guna excel nak calculate data2 yang super banyak..lembap kan aku..-_-

Sunday, March 6, 2011

cincau dan draf thesis

1 comments
menyiapkan draf thesis adalah perkara yang menyebabkan kita tidak tidur malam, stress, tension dan rasa macam 

"Cepatlah masa berlalu"

menyiapkan draf thesis sampai meneguk air cincau yang sejuk dari mesin air 'gedegang' adalah membahagiakan dan mengurangkan stress

tapi mengeluarkan cincau dari tin minuman adalah perkara yang sangat menambahkan tension

pengajaran: jangan minum air tin cincau time tengah stress banyak kerja
 

bila rasa gembira Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal