"penatnya"
aku mengeluh2 kecil.Rasanya macam sudah lama tidak berjalan kaki berulang alik seperti ini..Ya, sejak keluar dari USM.
Hari ni aku berjaya keluar ke bandar..Tidak besendirian. Bersama Fairuz. Cuma tiada kenderaan. Maksud aku persendirian la.
"dah berubah ye bandar Kuantan. Punya lah jauh nak pergi terminal bas ting-tong"
mengeluh lagi.
Adik aku senyum sinis. Mungkin kerana bandar kuantan xde lah banyak pon berubah, cuma kami yang memang terperap kat rumah bila balik kuantan. Tambahan pulak, sejak bertukar ke rumah tetap ni, aku masih xtau jalan pintas dan tempat menunggu bas.
Dari pejabat pos bandar kami menapak ke CIMB.jarak dekat mungkin. mahu settle urusan bayaran untuk hard cover fyp aku. Sekaligus adik aku mengaktifkan CIMB-clicks dia..Mudah nak beli tiket flight katenya.
"nak pergi mana lepas ni?"
adik aku angkat bahu..aku lagi bingung.
"nak balik dengan ape ni??"
"naik bas nak..murah sikit"
"tau ke nak naik kat mane?"
aku pulak garu kepala..xgatal..cuma berfikir2..menimbang2.
"tanya orang mpk tu la..dorang keje sini..mesti tau jalan pintas"
aku mengusul..adik aku hanya angguk. menapak lagi
"jalan sini..belok2..tapi jauh jugak..nak mudah tunggu je bas depan masjid tu..dekat pokok buluh"
makcik2 mpk memberi cadangan..kami angguk, senyum dan terima kasih.
Menunggu bas satu penyeksaan.mungkin kerana terlalu lama..
"kang best kalau time2 gini jumpa secret admire zaman2 dlu..siap ade kereta..untung2 dia tumpangkan kita"
aku mula berangan. adik aku mula gelak2.
"secret admire mu la..yang dekat kuantan..aku xde yang kat kuantan"
gelak besar Fairuz..aku sengih2...konon2 setuju.
Tiba2 sebuah kereta merah meluncur ke arah kami..dari luar kami nampak pemandunya senyum2 dengan samar2.
"eh..dia la!!"
aku terkesima.
kereta merah berhenti betol2 dihadapan kami..aish.kenapa aku jadi keliru ni.. xtentu arah.
pemandu itu menurunkan perlahan2 cermin kereta. Dia senyum. Bersama cermin mata hitam.
aku garu2 kepala..aish..nak buat macam mane ni..cmne nak cakap ni
" adik nak pergi mane??"
"permatang badak boleh?belakang sungai isap jaya.."
aku senyap...Baliklah. penat nak tunggu bas.Pemandunya masih senyum2
"cukup la kot duit nak bayar tambang teksi ni.."
bisik sendiri
0 comments on "kuantan dan kereta merah"
Post a Comment