" aku nak beli planner untuk 2012"
aku memandang cik Laila dengan lama...tangan kami masih membelek-belek planner terbaru yang banyak dipamerkan...berbagai saiz dan rupa..berbagai warna..pelbagai fungsi
" kalau dah dapat kerja tetap baru aku beli planner"
lemah jawapan aku...lagi lemah bila berfikir tahun baru akan muncul dengan segera
" tapi kerja tetap entahnya bila nak dapat...mana ada orang beli planner tengah tahun.."
"aku nak tulis apa nanti dalam planner? kalau aku beli sekarang, nanti dalam planner aku penuh dengan hari ni saya makan, hari ni saya tidur sahaja"
Gelak-gelak
"hei, ko tulis la dalam tarikh ko interview ke apa-apa ke.."
SENYAP..kelu juga.
dan kemudian kami keluar dari situ tanpa membeli sebarang planner..mungkin kerana plan untuk tahun depan masih samar2 rasanya
ini adalah cerita benar.mungkin diolah untuk lebih sedap.
oh, lupa..cik laila hanya nama samaran sahaja
warna merah untuk cik laila..yang biru untuk aku