Salam 'alaik.
sekarang pukul berapa ye kawan?
intro klise...aku kurang pandai buat intro sebenarnya.
cerita sebenarnya bermula bila aku main2 dekat homepage yahoo. ok, aku memang jenis hari2 buka homepage yahoo, buka google..kalau dekat yahoo, dia banyak berita, cerita dan fakta..kalau dekat google, dia ada doodles..dan biasa2 aku suka doodles yang mostly animated tu.
sambung cerita asal, dekat yahoo hari ni persoalan dia kenapa abbreviation bagi pounds adalah lbs. ok serius, aku pernah terpikir kejanggalan, tapi xadalah usaha2 nak mencari. Dan bila tamat tu, persoalan terbaru timbul
kalau tengok jam, mostly jam hp, dia ada dua style untuk tunjukkan masa..satu menggunakan sistem 24jam dan satu lagi 12jam a.m/p.m.. aku punya stail guna sistem 24 jam. reason dia simple aje..bila guna sistem 24jam, dekat skrin hp tu keluar 1300, tapi kalau 12 jam, keluar tulisan 01.00 p.m. kalau easy compare, panjang dan memenuhkan skrin bukan?
berbalik kepada persoalan asal, abbreviation bagi p.m dan a.m..zaman kanak2 kalau kanak2 juga tanya a.m tu apa, p.m tu apa, aku jawab "At Morning untuk a.m" dan "petang untuk p.m" simple dan mudah hafal. tapi tadi keinsafan datang, dan aku pon carilah maksud sebenar.
"ante meridiem ( sebelum tengahari) dan post meridiem (selepas tengahari)..itu saja.
dulu-dulu bila guna sistem 24jam, aku hafal satu-satu, pukul 13 sama dengan pukul 1, pukul 14 sama dengan pukul 2, sehinggalah rumet aku tahun 3, uteh ajar cara senang nak hafal, mungkin sebab dia bosan aku mengira.
" kau tolak jelah jam tu dengan 12, kan senang..untuk lagi mudah ingat, congak je dengan tolak 2 setiap jam"
TERIMA KASIH UTEH