Friday, July 30, 2010

kucing


salam 'alaik..

saya bukan pencinta kucing, bukan juga pembenci kucing, apatah lagi takutkan kucing..perasaan saya padanya hanya biasa-biasa saja.

tapi semenjak cuti sem aritu, menjadi penjaga kucing, pemandi kucing, pemberi kucing mkn, pembasuh mende2 buangan kucing, penghalau kucing waktu malam menyebabkan saya berfikir alangkah untungnya menjadi kucing rumah...

melihat kucing di hostel yang kurus, bersusah payah mencari makan, berlari takut dikejar, dibaling orang, bergaduh dengan kucing2 lain ditengah2 malam menyebabkan saya berasa simpati..

kucing yang dirumah saya kini dahulunya adalah kucing jalanan, yang kurus kering, yang takutkan org dan ketika itu dia masih kecil..kini dia sudah gemuk, pandai memilih makanan, pandai mencari tempat enak utk tido, dan sudah pandai melawan jika ada yang mengganggu..sudah wangi kerana kerap dimandikan dan amat manja kerana selalu diberi perhatian...

nasib kucing pon macam manusia, yang bernasib baik akan dikutip org, dijaga dan dibelai, yang sederhana baik tinggal di hostel, atau kedai makan yang ramai org, dan yang paling teruk merantau2 mengemis makanan di jalanan~


nota ringkas: sehingga kini saya xtau apa nama kucing dirumah. nabila panggilnya sebgai kero tapi ayah panggilnya merah..sedangkan pada mata saya dia berwarna oren

0 comments on "kucing"

Post a Comment



 

bila rasa gembira Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal