Wednesday, December 8, 2010

sang putera katak


salam 'alaik..


'Putera Katak'

alkisahnya cuti ni patik menghabiskan dengan menonton tv. Sepatutnya patik membuat kerja-kerja sekolah, tetapi malangnya masih tidak berjaya dan dengan ini, adalah tidak mustahil patik meraung ketika insan lain berehat dari menulis-nulis rangka kertas kerja.

oh, rancangan tv yang cukup digemari di teratak patik tika ini adalah Putera Katak. oh, bukanlah kami-kami semua beridam hendak menjadi bakal permaisuri dengan mencium katak yang busuk dan lembik itu, cuma itu adalah salah satu cerita melayu yang hangat dipertonton di tv3 dan tv9. Arakiannya, setiap 4.30 petang, tv itu akan direbut2, remotenya direntap2 dan dipertandingkan, dan calonnya adalah cerita lagenda(konon2) putera katak, ataupun cerita kartun bodoh yang berulang2 tetapi menjadi pilihan patik iaitu Catdog. Dan, malangnya jam 8 malam, seisi teratak tidak lagi melihat warta berita di tv3, tetapi menunggu di tv9.

oh, kerana cerita itu, semua katak-katak yang berbunyi dikatakan jelmaan putera katak..Patutkah aku menciumnya??(uwek~)

siapa mahu cium beta?beta ada jajahan besar di planet Katak Hijau

***********************************************************
seekor katak (jantan kot) masuk kebilik air ketika patik sedang bersiram.


aku   : umi, ada katak dalam bilik air
nabila: tangkap2, putera katak tu...
aku   : AH, mu ni...geli la..tgk lagi cite ngarut gitu


dan umiku datang bersama penyapu sebagai senjata


umi   : tutup balik lubang air, katak masuk ikut situ tu
aku   : la, halau je la kalau masuk, bukan bahaya pun katak
umi   : sape cakap?
aku  : dah tina(nora danish) siap2 peluk2, cium2, buat tidur
umi   : mu ni cakap kat nabila ngarut, mu pon sama..terikut cerita..katak ada air bisa,nanti dia sembur kat kita


dan kalau semua katak bahaya seperti dikata, aku rasa nora danish perlu awal2 beli insuran nyawa.


oh...dialog tu mesti la diubah suai...ko rasa aku cakap bahasa terlalu baguskah dirumah??


oh..kerana entri tentang raja2 katak, elok kiranya berbahasa cam hikayat2

1 comments on "sang putera katak"

Anonymous said...

like gak ... best ..

Post a Comment



 

bila rasa gembira Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal