Sunday, December 26, 2010

Ayah dan Esah


Esah menangis tersedu-sedu di birai rumah..Matanya bengkak2 dek kerana berendam air mata seharian


Imah : sudahlah Esah, yang pergi tetap tidak akan kembali
Esah : aku tau Imah, tapi aku terlalu sayangkan ayah. Selepas mak aku meninggal dulu, dia rela membesarkan aku seorang diri.. (menangis)


Imah memeluk bahu Esah.Perlahan-lahan dia mengurut bahu Esah. Mata Esah semakin bergenang. Seraya itu Esah memeluk Imah kuat-kuat. Memohon semangat.


Imah : tak baik kita menangis teresak-esak meratapi ayah kau.. nanti dia tak tenteram disana
Esah : (smbil memperlahankan esakan) Habis Imah, aku buntu. aku buntu
Imah : Beginilah.kita masing-masing ada agama. kembalilah kepada agama kita. Dari kau terus meratap, aku kira lebih afdal kau doakan dia, sedekahkan ayat-ayat AlQuran buat dia. Moga-moga nanti dipermudahkan urusannya.lagipun kata orang, kalau kita terlalu rindukan dia, dia akan hadir dalam mimpi kita..kau berdoalah moga-moga berjumpa ayah kau dialam mimpi


Esah terdiam. Dia merenung kedalam mata Imah. Hatinya bersyukur kerana dikurniakan sahabat seperti Imah. Boleh menegur dan pandai memujuk.


Masa berselang. Esah tidak lagi hanya menangis. Dia menguatkan diri untuk menempuh kehidupan. Disamping itu, doa untuk ayahnya tidak pernah putus dari bibirnya. Dihatinya sentiasa teringat pesanan Imah. 


*tit*tit*tit* (bunyi mesej masuk)


"Tolong belikan ayah topup Rm30. ni nombor baru ayah 0138******. ayah ada masalah dekat balai polis. tak payah telefon dulu. nanti ayah telefon balik"


Mata Esah bersinar-sinar. Seraya itu dia mencapai tudung dan berlari-lari anak ke kedai Pak Kasim membeli topup.


" ayah..saya dah topupkan ayah. seperti yang ayah minta. tapi bukan Rm30 duit betol. saya dermakan topup tu pada orang lain, dan niatkan pahala amalan kat ayah. tak kan ayah nak rasuah mungkar nangkir dengan topup 30 kot. nnt ayah dah terima ayah mesej la"


*Sent*


Esah tersengih-sengih. Hei.kau igt Esah topupkan ke? Esah xbodoh la..

3 comments on "Ayah dan Esah"

DarkArtz on December 26, 2010 at 11:19 PM said...

mana kau dapat cite ni???
hehehe.......
btw, yang mula tu ada silap sikit kot......
"yang pergi tetap tidak akan pergi".......
yang pergi tetap tidak akan kembali......

fatiehah asmui on December 27, 2010 at 3:04 AM said...

haha..aku reka sendiri la cerita...
sbb hari tu dpt msg yang mcm ni
agak heboh la msg tu..
tu yg aku dpt idea
btw..tq betolkan

SnoW cRysTaL on January 4, 2011 at 9:38 PM said...

haha...lol,aku pon dpat gak msej ni..haha
ayh aku x pyah ade msalah pon mmg ade kat blai polis dah..haha

Post a Comment



 

bila rasa gembira Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal