Sunday, October 31, 2010

tak macam diharapkan

0 comments
salam 'alaik~


hidup ni selalu xmcm yang kita harapkan..mcm ada satu pepatah ni...

"kita selalu menangis mengharap mentari muncul pabila hujan berderai2 membasahi, tapi kita sentiasa terlupa akan hadirnya pelangi indah selepas hujan"

aku buat ayat sendiri dengan bahasa yang aku lagi suka...

selalunya, kita sering marah bila apa yang kita fikirkan xjdi mcm yang kita impikan, contoh termudah kita rasa kita patut dapat markah yang lebih-lebih baik dalam sesuatu ujian, tapi bila berbeza dari khayalan, kita akan rasa suatu tekanan yang lagi berat...

macam aku, setiap kali kelas contohnya sem ni, bila aku xpham sesuatu yang diajar dalam note, azam aku nak balik buka buku, check dan pahamkan. tapi malangnya, buku yang kita ada xade langsung mende yang kita nak cari..

hadoi..penat cari pasal brachy ni... ingatkan bila xphm nota madam cheng, boleh rujuk faiz khan, rupanya dalam faiz khan xde langsung cerita pasal manchester system yang agak lame tu ...*hadoiiiiii*

tetapi sepatutnya kita jangan mengeluh dan terus berusaha!!! 

sebenarnya hari ini aku down sepetang sebab xleh phm note, tapi bila teringat kate2 prof mat 
"awak kurang usaha"
aku kene stop kan down tu dan start balik semua. 
Berusaha~

p/s: sebab utama aku nak tulis entry ni adalah sebab aku dh basuh  baju sebaldi besar semalam..konon2 lepas berhari2 hujan xberenti, tiba2 semalam panas je..dan aku menyimpulkan hari ni lagi bagus la cuaca...akhirnya, selepas segala kesulitan, rupa2 nya hari ni lagi lebat dari biasa...dan dengan terpaksa, menjemur segala baju dlm bilik dan berperang dengan bau baju basah yang xmenyenangkan~`

Saturday, October 30, 2010

lambatnya lagi

2 comments
orang kata bila dah umur dah 23 keatas, kulit dah matang..dah xada jerawat dan hormone dah stabil....oh..xsabar nak tunggu waktu itu..lambatnya lagi nak dapat kulit yang cantik=(

Monday, October 25, 2010

we do choose this way!

4 comments
salam 'alaik..


 hari jumaat lepas,kami( budak2 final year PPSK) ada attend satu seminar kt UMK.. pasal nak merebut masa depan. how to create a good cover letter, great resume and look gorgeous in attending interview..basically, tip2 asas tu majoriti student dah tahu, cuma cara perkemaskan, cara nak menjual kebolehan tu yang kene diperbaiki.

 
penceramah tu keep asking soalan2 mencabar minda. salah satu yang membuat kita terfikir;

soalan interview: kenapa kamu memilih bidang ini??


jawapan 1: fate

jawapan 2: UPU tetapkan

jawapan 3: kalau xpergi sini, nanti tak boleh sambung belajar(rugi xde degree)

jawapan 4: parents suruh


ada jawapan lain yang ilmiah,  tapi jawapan nak lepaskan diri dan salahkan orang lain pon ada..(seperti di atas)


betulkah kita xdiberi pilihan??YAKIN?? kalau betol kita xsuka pilihan tu, kenapa kita memilih untuk SETIA sampai dah tahun akhir?

sebenarnya kita yang memilih, cuma sedar xsedar kita yang mengatakan YA..tapi bila berlaku salah, kita salahkan pada takdir.


**************************
*******************************

 time kat SEMSAS dulu, aku adalah antara orang yang xberminat nak pergi USM..bukan apa, every year USM datang buat promotion kat sekolah aku, sampai aku rasa majoriti kawan2 aku letakkan target USM as their main choice. macam nnt USM adalah rumah kedua SEMSAS. sampaikan bila ada faci2 UIA datang SEMSAS, bila tanya rancangan jangka panjang, mereka cam mengeluh, tanya xda siapa ke nak masuk UIA?

 

tapi masa berubah. sekarang ni boleh kira dengan jari siapa yang di USM...aku yang xnak pulak pergi sni..tapi yeke USM bukan pilihan?

 

aku kenal kos sinaran perubatan USM ni time matrik pahang. masa tu ada karnival Universiti2. mula2 cam biasa la, aku nak skip booth USM, sekali dorang panggil. time tu ada satu sesi2 soal jawab(kadang2 aku memang banyaaaaaaaaaakkkk tanya).. sekali mereka suggest aku kos ni..


" adik budak fizik kan?sinaran perubatan ni untuk budak fizik je..tapi yang bestnya, nanti adik akan kerja hospital"


" kos ni mcm mana ye??"


" saya xberapa pasti..tapi yang tahunya, kos ni belajar pasal machine2, pasal applied fizik dalam perubatan"


dan aku dengan berkobar2nya, time isi UPU, USM(sinaran perubatan) adalah pilihan pertama.


tapi bila belajar susah, aku mula terfikir kenapa aku memilih kos ni...tetapi sekarang dah 4th year..aku yang memilih jalan ni..so belajar teruskan hidup tanpa menyalahkan takdir yang membawa aku ke sini

Sunday, October 24, 2010

i am never being a good looking person

3 comments
i am a type of person that didn't love the mirror...basically, sometimes i do hate it.

usually, when i wake up in the morning, i keep  wondering why i didn't a really good looking face. i have normal looking face, which can be rank 5 out of the 10 (or maybe less).


i never amazed others with my looking, and i am not the man's type girl. i am never (less) be contacted by a man, and i not the type of girl although i have bf or husband (yet), i am still be lovable to other man.

it is NEVER happen~

 so, i wonder where i get the self-confident??  

 it is all thanks to my mummy, because when i was a little girl, she always ask(more to forcing) to go up of the stage, to speak in front of audience, to sing alone in the stage, to give joke in front of others and many more(s)~ and from the stage i build up my self confident. 

i am mischief, friendly and love to smile. it is the only way how other can be attracted to me. 

i love to learn. i want to be so good and intelligence, so everything will be the cover the my just normal looks.

who said people never judge a book by its cover???
it is never true..because the people only love the good looking person.

so, the best thing is you need to be more good, create a really great package of you, and tell others, even i not good looking person, but i much BETTER than you!

Saturday, October 23, 2010

game disease

0 comments
salam 'alaik..

i got some occupational disease game disease..hehehe.. to lot in playing game make me dream it too tonight...
 i not soo good..because it is not fancy2 game like barbie, it is an attacking zombie game, and make my blood pressure up event when i dream about it..

oh NOOOO.. i got game disease, i tend to see everything in real life like game, like imaging can shoot, and been punished by zombie..now, even in my dream, i see them...oh~

Friday, October 22, 2010

you are my rainbow

0 comments
the most great thing is laughing, joking and sharing thought with our bestie..Friends are really great thing that we had. they make our life colorful and bright.. 

the best thing is our friend has different style, different  way of life but we still be tied by the great binding.
  

 you are my rainbow~
 

Wednesday, October 13, 2010

roda atau graf sinus?

0 comments
salam 'alaik~

"hidup ni macam roda, sekejap diatas, sekejap dibawah"

 kata-kata perumpamaan macam tuh kita dah biasa dengar... tapi bagi aku ayat tu dah ada banyak kiasan lak ..sebab kadang-kadang roda xkan berpusing, dan kadang-kadang bunga tayar dah haus...(apa aku merepek ni HAH??)

pernah dengar,

" hidup ni macam graf sinus, dia akan naik...dia pasti akan menurun dan akan kembali naik dan seterusnya"

pada pendapat peribadi aku, aku lebih menyukai  perumpamaan graf sinus ni.. sebenarnya, aku dapat idea pasal graf sinus dalam kelas peradapan bangsa (nama sebenar xsure) yang pernah aku attent first year dlu.. isi pati cerita dia yang Allah telah menjadikan ketetapan ini seperti graf sinus. sebagai contoh mudah, zaman kegelapan, diikuti zaman kebangkitan Islam,seterusnya zaman kegemilangan Islam, dan pastinya zaman kejatuhan Islam.. dan putaran tersebut akan bermula kembali..dan pastinya satu hari nnti zaman kegemilangan yang dijanjikan pasti akan tiba..

ok, aku lari dari point asal aku..aku just nak cakap, bila hari ini kita dibawah, percayalah hari esok graf kehidupan kita akan bertambah, dan akan tiba masanya, kita mencapai zaman yang amat membahagiakan.. tapi jangan terleka, sebab sudah menjadi janji alam, kita akan jatuh jugak...graf sinus akan terus terlukis, dan terbina~


nota tambah~LOL..bila tertengok graf sinus yang aku amek dari internet ni, teringat zaman2 belajar pasal graf2 ni..hihihi...aku suka ke graf ni dlu?????

Sunday, October 10, 2010

surprise!!!

0 comments
salam 'alaik~

 hari ni dapat 2 surprise... 

First, petang tadi tiba-tiba encik Hafiizh telefon suruh aku masak nasi. Hari ini dia dengan sangat rajin dan bermurah hati masakkan lauk untuk makan malam. aku dengan terkejut menerima ajakan dengan gembira. so, tadi kami picnic bawah desa dengan lauk yang dimasak encik Hafiizh...gred masakan? boleh tahan (jujurnya sedap...hehehehehe). orang lelaki yang pandai masak, terbalik dengan aku~


Tapi sebagai fakta, ni bukan first time dia masak lauk untuk aku. tapi first time makan berdua masakannya..

surprise kedua dapat dedication dari akak cantik..tq shikin...aku sangat menghargainya..mcm pelik je aku ternganga depan pintu bila orang hantar dedication tu.hehe..(aku dapat lollipop!!!..hehehe)

seronok rasanya dapat SURPRISE yang best ni..

Thursday, October 7, 2010

big clap to my mum

1 comments
salam 'alaik

 sekalung tahniah kat umi aku atas 2 pencapaian.

1. dia telah dipilih sebagai penulis skrip drama pentas untuk teater Dato' Bahaman, yang akan dipentaskan di-Pahang. dengan kerjasama Jabatan kebudayaan dan kesenian Pahang.

2. dia bakal menerbitkan satu buku mengenai skrip drama radio pada tahun depan di bawah kelolaan dewan bahasa dan pustaka (DBP). persetujuan dan pengesahan telah diperoleh, serta manuskrip semua telah dihantar.

Big clap. walaupun sudah lama bakat dalam bidang sastera dan penulisan dipendam (sebab nak jaga kitorang) tapi bila kami dah besar, dia sudah berjaya naik kembali.

tahniah2. my umi.che norsiah che omar..hehe..

erti kegagalan

0 comments
"adalah tidak berdosa untuk kita menghadapi kegagalan, tetapi amat bersalah jika kita tidak bangkit dari kegagalan"

aku petik ayat dari prof(madya) Jamel basha. secara jujur, aku suka berada dalam kelas dr.Jamel dan memetik seberapa banyak kata-kata perangsang.

Thomas Edison yang mencipta sebiji mentol terpaksa menghadapi beribu kegagalan sebelum berjaya. 

setiap kejayaan diperoleh hasil dari kegagalan semalam. sekiranya kita xpernah mencium kegagalan, kita tidak akan menikmati betapa indahnya kejayaan.

 "kita belajar dari pengalaman. jatuh bangun kita pada hari ini akan menjadi titik mula untuk hari esok"

"kita tidak mempunyai sebarang mesin masa untuk melihat masa  depan, tapi mempunyai sejarah untuk menuntun ke hadapan"

Saturday, October 2, 2010

lamaran ke enam

1 comments
Lisa mengambil lajak, membuka kekuda. Nafas ditarik sedalam-dalamnya, dan akhirnya, satu momentum yang kuat diaplikasikan...
" dummmmmm" bunyi pintu ditendang kuat. Seraya itu, pintu terbuka dengan sendirinya.

"huhu...Lisa, terima kasih...aku takut.." tangis kecil Mek Yie.
"hahaha...menangis pulak ko ni...dah..pintu dah boleh buka kan..cukup la nangis.." ujar Mek Kin sambil tergelak-gelak.

Lisa masuk dengan senyum nakal. alahai, budak ni, terkunci dalam bilik pon boleh nangis ke. malam itu, sekali lagi Lisa bergelar penyelamat. walaupun tanpa seluar ketat seperti superman, ataupun topeng penyamaran seperti batman, tapi Lisa tetap bergelar super hero-in.

"dah,dah..jom keluar makan mlm, aku dah lapar ni..." ujar Lisa sambil memegang perut yang kelaparan. alahai, seharian ini dia berlaparan. bukan sebab diet, tapi kerana Lisa lebih sayangkan tenaga untuk melangkah menuruni tangga dari segalanya.

"ah..jom...tapi ajak la Mat sekali, tadi dia gt (googletalk) aku, ajak makan sama.." mek Yie berbunyi.

"apa hal pulak nak ajak Mat jugak. biarlah dia" Lisa mendengus tidak puas hati.

" alah, sian la kat dia lapar. dia bukan ade geng lain...ko nak ke tengok Mat yang gemuk jadi kurus pulak? lagipon sekarang je ko tak suka dia. kejap lagi ko yang lagi banyak borak dengan dia"

"aku bukan borak la...aku bertekak la.."

"gaduh-gaduh manja la korang..hehehe"

"dukkk" satu tumbukan manja tetapi bertenaga dari Lisa. Mek Yie menyeringai kesakitan. masing-masing ketawa dengan telatah mereka..

*********************

" hoi mat, sini la.ko ni macam perempuan..make up ke lama sangat"

Mat tersengih kambing mendengar perlian kawan-kawannya. hampir empat tahun mereka berkawan, masing-masing sudah cukup serasi dengan satu sama lain. usahkan percakapan, mimik muka dan segalanya sudah terlihat dan tidak dapat disembunyikan. kadang- kadang, walaupun sepedas mana gurauan, ia tidak disemat dihati.

" dah, dah..jom, aku lapar ni" ujar Lisa. Mat menyeringai lagi, dan masing-masing dengan patuh bergerak ke kedai makan luar kampus mereka.

**********************

" S...S....S...mat minat S...mat minat S" Lisa dengan gaya mengejek.

"A....A...A...Lisa minat A..Lisa minat A" Mat dengan gaya lagi mengejek.

"wei korang dua ni, gaduh lagi..mengejek macam budak sekolah menengah...korang ni ketinggalan zaman ke?"mek Tie bengang. suasana tenang dan aman yang mereka kecapi tadi tiba-tiba terganggu dengan permainan ejek-mengejek Lisa dan Mat.

" eleh, bukan aku start dulu..tapi betul la. Mat minat S kan??" Lisa dengan senyuman jahat.

"alah. Lisa cakap orang...ko tu, mesti malam-malam gayut ngan A kan??patut sokmo tidur lambat."Mat mencucuk.

"Eh, A mana ada nombor telefon aku..ko la kan. selalu mesej dengan S kan??Mat minat S" Lisa makin kuat memangkah. Mat dan Lisa masing-masing tak mengaku kalah. saling menjelir, saling mengejek dan saling memangkah.

" wei korang dua ni.cukup la.korang dua ni memang budak sekolah menengah ye.. cam Mek Tie cakap tadi"mek Yie bersuara keras.

" ha, diorang ni macam budak-budak..ejek-ejek..wek2 ko suka budak tu..wek2" Mek Tie mengajuk lagi.

" ha, lepas tu cakap yey yey dapat surat..yey yey.." sambil Mek Yie mengajuk perbuatan kanak-kanak. pergaduhan Mat dan Lisa terhenti.masing-masing tergelak.

" korang ni, asyik main ejek-ejek, kenapa ko tak kaple je berdua" tiba-tiba mek Kin bersuara. Lisa memandang dengan pura-pura marah, dan Mat beraksi seperti tidak terdengar kata-kata Mek Kin.

"Bagus jugak tu.tapi tak adil la..kalau diorang dua kawin, diorang ni jadi satu pasangan yang sangat perfect.. Lisa nampak je ganas, tapi pandai masak, rajin pulak tu..kuat pon ye jugak. Mat pulak rajin buat kerja rumah, pengemas. mana aci!" rungut mek Yie tiba-tiba.

"aku tak nak la kat Lisa, dah la ganas, suka pukul aku" Mat bersuara, konon-konon membenci.

" eleh, Mat, tapi Lisa kuat.mengaku je la Mat, ko suka Lisa." mek Tie bersuara. masing-masing menyambutnya dengan gelak.

" yela.yela...aku dah lima kali melamar Lisa, tapi dia reject aku" Mat bersuara kononnya mengaku. tergelak sakan mereka mendengar penyakuan tidak sah Mat.

" tak nak aku kat Mat, dah la hodoh, boroi...hahah"

"tengok tu. camtu la gaya dia reject aku...sedih aku.." Mat menyambung lagi lakonan dengan babak sedih.

" mat, kau kena melamar kali ke enam baru Lisa terima." ujar mek Kin dengan bersulam ketawa.

sebentar kemudian, pertelingkahan kembali reda dan masing-masing kembali ke dunia mereka.

******************************************

hidup dijalani seperti biasa. bergelar pelajar tahun akhir membuatkan masing-masing hilang dalam dunia kesibukan. gelak ketawa, gurau senda tetap terjalin juga takkala terjumpa satu sama lain. cuma tugasan harian yang membataskan perhubungan.

masa berlalu dengan sangat pantas, sepantas api membakar sumbu pelita. masing-masing sedang memegang segulung ijazah yang di impikan-impikan. senyuman lebar tatkala berjumpa terus terukir di bibir mereka.

" mat, minta maaf kat ko. sebab banyak ejek-ejek ko dulu. gurau-gurau je kan..hehehe."

"ha, Lisa, aku pun minta maaf juga. nanti kau dah kaya jangan lupa aku kawan ko..hahaha"

" eleh. nanti kau kawin dengan S ajak aku..hikhik.."

" kau nanti jumpa abang A ko, jangan xajak kawin pulak..hahahahaha"

" Cissssssss"

******************************************************
________________________________________________________________________
kepada: Cik Haslisa

saudara/saudari.

dengan segala hormatnya anda dijemput ke jamuan pertemuan kembali untuk pelajar-pelajar sinaran perubatan bagi sesi 2007-2010 dirumah mek Yie di alamat (sekian sekian).

kehadiran anda amat dialu-alukan

yang benar.

mek Yie yang baik.
hihihi

_____________________________________________________________________


Lisa tersengih. kad undangan reunion yang dikirim mek Yie ditatap lama. gambar mereka ketika masih belajar terpampang di hadapan kad ucapan.

"MAAAT...ko pergi x reunion nanti"

"wei Lisa, bagi la salam..ha.. waalaikumussalam.. g kot..kenapanya??"

"aku tumpang ko. malas drive. jauh.lagipun ko je yang kerja dekat-dekat dengan aku."

" cis, beli mini cooper mahal-mahal, nak drive jauh sikit pon malas ke. ko nak ke naik kereta Atos aku yang murah tu??"

" cis berlagak la ko. atos pon atos la. tumpang ko ye."

"ok la-ok..minyak ko tuang"

"baik bos. dah-dah. ada student aku datang. ok bye..jumpa sabtu ni"

"ha..bye.assalamualaikum"

"walaikumussalam" jauh kedengaran suara Lisa dihujung talian.

**********************************************************************
"wow. korang datang berdua" sengih mek Kin sambil mendukung Mohd Faris yang berusia tiga bulan.

" nasib la kan.Mat kan drebar aku..hehe..comel anak ko. meh aku nak dukung" Lisa tersengih jahat.

" kau tu, dok dukung anak orang, anak kau bila pulak??tuh, Mat pun bujang lagi...tak kan ko tunggu abang A kau kot"bebel mek Kin.

" A dah kawin la kin..hehe..eh, Mat bukan nak kat aku la..dia drebar aku..haha" gelak Lisa panjang. Mat berkerut kening.

"Mat, ko xnak ke kat Lisa??"

" kan aku dah cakap dlu, dia reject aku lima kali..haha" Mat tergelak.

" ko ni, main-main pulak..ada tanya untuk kali ke enam?"tiba-tiba mek Yie menyampuk.

"Yie, kalau enam kali, aku kira serius dah la." Mat memandang Yie dengan serius, tiada lagi senyum sinis.

"serius pon tak pe la." Mek Tie pulak menambah.

" Lisa, aku suka kat kau ni. kau nak kat aku tak?" tiba-tiba Mat bersuara serius. tiada lagi senyum main-main. Lisa tiba-tiba tergamam. rakan-rakan lama juga terdiam.

" ape pula ko ni. g la rumah aku.. tanya mak aku.bawak tepak sirih terus, aku tak nak cincin mahal.belah rotan je.." Lisa tiba-tiba bersuara perlahan.

seisi rumah bertambah diam. lebih senyap dari sebelum ini. dan tiba-tiba..

"Yeyyyyyyyy" Mat bersorak.

" kan aku dah cakap, ada lamaran ke enam.." Mek Kin tergelak.

keadaan kembali gamat. masing-masing menyimpul senyum di bibir. dan Lisa menyimpan bahagia di dalam hati.

TAMAT....

cerita yang rekaan semata-mata, kalau ada terkait pon, untuk hiburan semata-mata.. heheheeheh...


 

bila rasa gembira Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal