Saturday, October 2, 2010

lamaran ke enam


Lisa mengambil lajak, membuka kekuda. Nafas ditarik sedalam-dalamnya, dan akhirnya, satu momentum yang kuat diaplikasikan...
" dummmmmm" bunyi pintu ditendang kuat. Seraya itu, pintu terbuka dengan sendirinya.

"huhu...Lisa, terima kasih...aku takut.." tangis kecil Mek Yie.
"hahaha...menangis pulak ko ni...dah..pintu dah boleh buka kan..cukup la nangis.." ujar Mek Kin sambil tergelak-gelak.

Lisa masuk dengan senyum nakal. alahai, budak ni, terkunci dalam bilik pon boleh nangis ke. malam itu, sekali lagi Lisa bergelar penyelamat. walaupun tanpa seluar ketat seperti superman, ataupun topeng penyamaran seperti batman, tapi Lisa tetap bergelar super hero-in.

"dah,dah..jom keluar makan mlm, aku dah lapar ni..." ujar Lisa sambil memegang perut yang kelaparan. alahai, seharian ini dia berlaparan. bukan sebab diet, tapi kerana Lisa lebih sayangkan tenaga untuk melangkah menuruni tangga dari segalanya.

"ah..jom...tapi ajak la Mat sekali, tadi dia gt (googletalk) aku, ajak makan sama.." mek Yie berbunyi.

"apa hal pulak nak ajak Mat jugak. biarlah dia" Lisa mendengus tidak puas hati.

" alah, sian la kat dia lapar. dia bukan ade geng lain...ko nak ke tengok Mat yang gemuk jadi kurus pulak? lagipon sekarang je ko tak suka dia. kejap lagi ko yang lagi banyak borak dengan dia"

"aku bukan borak la...aku bertekak la.."

"gaduh-gaduh manja la korang..hehehe"

"dukkk" satu tumbukan manja tetapi bertenaga dari Lisa. Mek Yie menyeringai kesakitan. masing-masing ketawa dengan telatah mereka..

*********************

" hoi mat, sini la.ko ni macam perempuan..make up ke lama sangat"

Mat tersengih kambing mendengar perlian kawan-kawannya. hampir empat tahun mereka berkawan, masing-masing sudah cukup serasi dengan satu sama lain. usahkan percakapan, mimik muka dan segalanya sudah terlihat dan tidak dapat disembunyikan. kadang- kadang, walaupun sepedas mana gurauan, ia tidak disemat dihati.

" dah, dah..jom, aku lapar ni" ujar Lisa. Mat menyeringai lagi, dan masing-masing dengan patuh bergerak ke kedai makan luar kampus mereka.

**********************

" S...S....S...mat minat S...mat minat S" Lisa dengan gaya mengejek.

"A....A...A...Lisa minat A..Lisa minat A" Mat dengan gaya lagi mengejek.

"wei korang dua ni, gaduh lagi..mengejek macam budak sekolah menengah...korang ni ketinggalan zaman ke?"mek Tie bengang. suasana tenang dan aman yang mereka kecapi tadi tiba-tiba terganggu dengan permainan ejek-mengejek Lisa dan Mat.

" eleh, bukan aku start dulu..tapi betul la. Mat minat S kan??" Lisa dengan senyuman jahat.

"alah. Lisa cakap orang...ko tu, mesti malam-malam gayut ngan A kan??patut sokmo tidur lambat."Mat mencucuk.

"Eh, A mana ada nombor telefon aku..ko la kan. selalu mesej dengan S kan??Mat minat S" Lisa makin kuat memangkah. Mat dan Lisa masing-masing tak mengaku kalah. saling menjelir, saling mengejek dan saling memangkah.

" wei korang dua ni.cukup la.korang dua ni memang budak sekolah menengah ye.. cam Mek Tie cakap tadi"mek Yie bersuara keras.

" ha, diorang ni macam budak-budak..ejek-ejek..wek2 ko suka budak tu..wek2" Mek Tie mengajuk lagi.

" ha, lepas tu cakap yey yey dapat surat..yey yey.." sambil Mek Yie mengajuk perbuatan kanak-kanak. pergaduhan Mat dan Lisa terhenti.masing-masing tergelak.

" korang ni, asyik main ejek-ejek, kenapa ko tak kaple je berdua" tiba-tiba mek Kin bersuara. Lisa memandang dengan pura-pura marah, dan Mat beraksi seperti tidak terdengar kata-kata Mek Kin.

"Bagus jugak tu.tapi tak adil la..kalau diorang dua kawin, diorang ni jadi satu pasangan yang sangat perfect.. Lisa nampak je ganas, tapi pandai masak, rajin pulak tu..kuat pon ye jugak. Mat pulak rajin buat kerja rumah, pengemas. mana aci!" rungut mek Yie tiba-tiba.

"aku tak nak la kat Lisa, dah la ganas, suka pukul aku" Mat bersuara, konon-konon membenci.

" eleh, Mat, tapi Lisa kuat.mengaku je la Mat, ko suka Lisa." mek Tie bersuara. masing-masing menyambutnya dengan gelak.

" yela.yela...aku dah lima kali melamar Lisa, tapi dia reject aku" Mat bersuara kononnya mengaku. tergelak sakan mereka mendengar penyakuan tidak sah Mat.

" tak nak aku kat Mat, dah la hodoh, boroi...hahah"

"tengok tu. camtu la gaya dia reject aku...sedih aku.." Mat menyambung lagi lakonan dengan babak sedih.

" mat, kau kena melamar kali ke enam baru Lisa terima." ujar mek Kin dengan bersulam ketawa.

sebentar kemudian, pertelingkahan kembali reda dan masing-masing kembali ke dunia mereka.

******************************************

hidup dijalani seperti biasa. bergelar pelajar tahun akhir membuatkan masing-masing hilang dalam dunia kesibukan. gelak ketawa, gurau senda tetap terjalin juga takkala terjumpa satu sama lain. cuma tugasan harian yang membataskan perhubungan.

masa berlalu dengan sangat pantas, sepantas api membakar sumbu pelita. masing-masing sedang memegang segulung ijazah yang di impikan-impikan. senyuman lebar tatkala berjumpa terus terukir di bibir mereka.

" mat, minta maaf kat ko. sebab banyak ejek-ejek ko dulu. gurau-gurau je kan..hehehe."

"ha, Lisa, aku pun minta maaf juga. nanti kau dah kaya jangan lupa aku kawan ko..hahaha"

" eleh. nanti kau kawin dengan S ajak aku..hikhik.."

" kau nanti jumpa abang A ko, jangan xajak kawin pulak..hahahahaha"

" Cissssssss"

******************************************************
________________________________________________________________________
kepada: Cik Haslisa

saudara/saudari.

dengan segala hormatnya anda dijemput ke jamuan pertemuan kembali untuk pelajar-pelajar sinaran perubatan bagi sesi 2007-2010 dirumah mek Yie di alamat (sekian sekian).

kehadiran anda amat dialu-alukan

yang benar.

mek Yie yang baik.
hihihi

_____________________________________________________________________


Lisa tersengih. kad undangan reunion yang dikirim mek Yie ditatap lama. gambar mereka ketika masih belajar terpampang di hadapan kad ucapan.

"MAAAT...ko pergi x reunion nanti"

"wei Lisa, bagi la salam..ha.. waalaikumussalam.. g kot..kenapanya??"

"aku tumpang ko. malas drive. jauh.lagipun ko je yang kerja dekat-dekat dengan aku."

" cis, beli mini cooper mahal-mahal, nak drive jauh sikit pon malas ke. ko nak ke naik kereta Atos aku yang murah tu??"

" cis berlagak la ko. atos pon atos la. tumpang ko ye."

"ok la-ok..minyak ko tuang"

"baik bos. dah-dah. ada student aku datang. ok bye..jumpa sabtu ni"

"ha..bye.assalamualaikum"

"walaikumussalam" jauh kedengaran suara Lisa dihujung talian.

**********************************************************************
"wow. korang datang berdua" sengih mek Kin sambil mendukung Mohd Faris yang berusia tiga bulan.

" nasib la kan.Mat kan drebar aku..hehe..comel anak ko. meh aku nak dukung" Lisa tersengih jahat.

" kau tu, dok dukung anak orang, anak kau bila pulak??tuh, Mat pun bujang lagi...tak kan ko tunggu abang A kau kot"bebel mek Kin.

" A dah kawin la kin..hehe..eh, Mat bukan nak kat aku la..dia drebar aku..haha" gelak Lisa panjang. Mat berkerut kening.

"Mat, ko xnak ke kat Lisa??"

" kan aku dah cakap dlu, dia reject aku lima kali..haha" Mat tergelak.

" ko ni, main-main pulak..ada tanya untuk kali ke enam?"tiba-tiba mek Yie menyampuk.

"Yie, kalau enam kali, aku kira serius dah la." Mat memandang Yie dengan serius, tiada lagi senyum sinis.

"serius pon tak pe la." Mek Tie pulak menambah.

" Lisa, aku suka kat kau ni. kau nak kat aku tak?" tiba-tiba Mat bersuara serius. tiada lagi senyum main-main. Lisa tiba-tiba tergamam. rakan-rakan lama juga terdiam.

" ape pula ko ni. g la rumah aku.. tanya mak aku.bawak tepak sirih terus, aku tak nak cincin mahal.belah rotan je.." Lisa tiba-tiba bersuara perlahan.

seisi rumah bertambah diam. lebih senyap dari sebelum ini. dan tiba-tiba..

"Yeyyyyyyyy" Mat bersorak.

" kan aku dah cakap, ada lamaran ke enam.." Mek Kin tergelak.

keadaan kembali gamat. masing-masing menyimpul senyum di bibir. dan Lisa menyimpan bahagia di dalam hati.

TAMAT....

cerita yang rekaan semata-mata, kalau ada terkait pon, untuk hiburan semata-mata.. heheheeheh...

1 comments on "lamaran ke enam"

๑.. naD_eYra..๑ on October 27, 2010 at 5:01 AM said...

salam..best gak akak cite ni...syok2..

Post a Comment



 

bila rasa gembira Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal