Monday, October 25, 2010

we do choose this way!


salam 'alaik..


 hari jumaat lepas,kami( budak2 final year PPSK) ada attend satu seminar kt UMK.. pasal nak merebut masa depan. how to create a good cover letter, great resume and look gorgeous in attending interview..basically, tip2 asas tu majoriti student dah tahu, cuma cara perkemaskan, cara nak menjual kebolehan tu yang kene diperbaiki.

 
penceramah tu keep asking soalan2 mencabar minda. salah satu yang membuat kita terfikir;

soalan interview: kenapa kamu memilih bidang ini??


jawapan 1: fate

jawapan 2: UPU tetapkan

jawapan 3: kalau xpergi sini, nanti tak boleh sambung belajar(rugi xde degree)

jawapan 4: parents suruh


ada jawapan lain yang ilmiah,  tapi jawapan nak lepaskan diri dan salahkan orang lain pon ada..(seperti di atas)


betulkah kita xdiberi pilihan??YAKIN?? kalau betol kita xsuka pilihan tu, kenapa kita memilih untuk SETIA sampai dah tahun akhir?

sebenarnya kita yang memilih, cuma sedar xsedar kita yang mengatakan YA..tapi bila berlaku salah, kita salahkan pada takdir.


**************************
*******************************

 time kat SEMSAS dulu, aku adalah antara orang yang xberminat nak pergi USM..bukan apa, every year USM datang buat promotion kat sekolah aku, sampai aku rasa majoriti kawan2 aku letakkan target USM as their main choice. macam nnt USM adalah rumah kedua SEMSAS. sampaikan bila ada faci2 UIA datang SEMSAS, bila tanya rancangan jangka panjang, mereka cam mengeluh, tanya xda siapa ke nak masuk UIA?

 

tapi masa berubah. sekarang ni boleh kira dengan jari siapa yang di USM...aku yang xnak pulak pergi sni..tapi yeke USM bukan pilihan?

 

aku kenal kos sinaran perubatan USM ni time matrik pahang. masa tu ada karnival Universiti2. mula2 cam biasa la, aku nak skip booth USM, sekali dorang panggil. time tu ada satu sesi2 soal jawab(kadang2 aku memang banyaaaaaaaaaakkkk tanya).. sekali mereka suggest aku kos ni..


" adik budak fizik kan?sinaran perubatan ni untuk budak fizik je..tapi yang bestnya, nanti adik akan kerja hospital"


" kos ni mcm mana ye??"


" saya xberapa pasti..tapi yang tahunya, kos ni belajar pasal machine2, pasal applied fizik dalam perubatan"


dan aku dengan berkobar2nya, time isi UPU, USM(sinaran perubatan) adalah pilihan pertama.


tapi bila belajar susah, aku mula terfikir kenapa aku memilih kos ni...tetapi sekarang dah 4th year..aku yang memilih jalan ni..so belajar teruskan hidup tanpa menyalahkan takdir yang membawa aku ke sini

4 comments on "we do choose this way!"

nf on October 26, 2010 at 1:00 AM said...

kenapa saya pilih MR? sebab mak saya suruh. siyes. (sebab dulu kakak saye kat sini, die rase ade orang nak jage saye padahal tak terjage pun)

tapi bila dah masuk 3 tahun stengah blaja, aku ske dah ngan kos ni. rasenye kalau aku amek medical imaging memang kantoi la, and aku rase MR ni MEMANG aku. susah senang tu belakang kira, sebab aku tak rase nak tuka course, nyesal atau pape pun. aku sayang medical radiation! \o/

Ismi Ijmi on October 30, 2010 at 9:58 AM said...

hahah,sian je ayat...best ni share kat FB.

rasanya cam lebey kurang sama laaa, dulu ingat senang2 je,leh lepak2.

so skrg sebab leh lepak2 kos ni tak jadi senang..
ada yang kata senang? pengerusi prog sendiri pun (ex-stud) kata payah,...haih

nadiarif on July 2, 2014 at 6:18 PM said...

Salam, nak tau boleh? Akak sekarang kerja sebagai apa ya? Apa peluang kerjaya lepas tamat pengajian dlm Program sinaran perubatan ni ya? Boleh akak kongsikan?

Anonymous said...

assalamualaikum...mintak maaf menganggu..sebenarnya saya sedang mencari maklumat tentang kos sinaran perubatan..jadi,blog akak yang saya dapat tahu..boleh tak akak bagi tahu tentang kos ni..saya ada dua pilihan sekarang.dan tak pasti mana lebih baik..dari yang akak tulis nampak mcm kos ni agak susah..mungkin lebih susah untuk saya yang tak pernah ambil bio dari sekolah lagi..ke,akak pun memang tak pernah ambil bio dari sekolah?mintak maaf menyusahkan akak..tapi,saya sangat berharap...

Post a Comment



 

bila rasa gembira Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal