Sunday, January 30, 2011

kene tipu

1 comments
salam 'alaik...


pernahkah kamu2 ditipu? mesti la pernahkan??aku pon mesti pernah menipu dan ditipu..alah, tipu sunat...=P


hehe..harini teruk aku kene tipu...tapi memang salah aku kot...


hp aku yang sony tu macam dah buat perangai macam2...lepas kene anta repair dengan jumlah yang mahal, dia makin lama makin sensitif..macam wanita akhir abad...


so, aku dengan rasa meluat dengan perangai mengada2 cik sony, aku pon berhajat ke kedai hp nak trade in hp lame dan beli hp yang lagi bagus


konon2 nak bersiap g kedai telefon, aku baru tahu ada hp fair dekat kuantan...yelah, sekarang ni semua ade fair, fun fair pc fair, ape2 fair..


lepas selongkar satu kedai ke satu kedai, ada la jumpa satu hp yang mmg bagus..yang die tunjuk kat aku mmg top quality punya..memang berminat la aku..lepas tanya harga, dia kata harini promosi...dia bg separuh dari harga asal..


adik aku iqbal tarik aku ke gerai lain..konon2 nak intai ape yang lain jual pulak..sampai satu kedai lain, die jual express music touch screen..mmg cun jugak, cuma aku rasa pelik sebab die nak jual kat aku dengan harga under 300...dan bila aku tgk kotak dia, nampak tulisan2 cina..


lepas round, aku start bincang2 dengan adik aku..dia kata dia xyakin dengan gerai sini, dan dia bg cadangan suruh aku menapak jauh2 ke kedai yang betol2 jual hp. malangnya sebab hujan yang renyai2, dengan angin yang lemah kasar, aku tolak cadangan dia.


last2 aku pergi kedai yang first aku tgk.bila aku nak tgk balik hp yang dia tawar kat aku b4 tuh, dia cakap

Tan : saya xboleh la bagi harga tadi tu...sudah tamat tempoh promosi..satu jam saja..
aku : aiya...saya bukan pergi jauh..pergi amek duit aje...


dia diam lama...macam berfikir..lepas tu die cakap, 


Tan : (bisik) macam ni, saya boleh bagi harga tadi, tapi you janji jgn kecoh2..nanti bos saya marah
aku : ha..ok2...


lepas tu memang Tan tunjuk hp yang ori kat aku..memang cun...tapi masa nak bayar..


Tan : you amek la warna hitam ni..tgk, yang putih ni dah kotor kan..
aku : ok, boleh jugak..cantik jugak
Tan : meh saya tolong cekkan..
dia amek hp tu, konon2 nak cekkan...
Tan : alamak...xada bateri...macam mane ni
aku: ha..ok..nnt saya balik cek


then, baliklah aku...


bila aku bgtau en hafiizh harga hp tu..dia mcam sgt pelik..mcam2 die suruh cek..aku cek ok je...sampai aku rasa naik geram dengan dia...


tapi bila aku cek kamera dia, sesuatu yang pelik berlaku..eh..dia cakap telefon ni bermega pixel, tapi kenapa gambar dia sangat hodoh??


last skali baru aku sedar, bila bukak file manager dia..macam henpon cina punya file manager...


bila aku ingt..memang bodoh la aku..dia tunjuk hp lain, bagi hp lain kat aku....


terbang 400 aku....nak kata rugi xpon..aku rasa mmg hp cina harga dalam 400 kot....


hari ni teruk aku kena perli..
en hafiizh cakap lain kali beli yang CSL lagi bagus..400 tu dah dapat yang super bagus...dan lain kali pergi beli  dengan lelaki tua mcam dia...=P


mak aku perli lagi, hp dia yang rm90 lagi berkualiti...nak msg dgn jwb call je pon...


ayah aku senyum sinis, dia kate nnt dia kesian die bg la 200 sbgai gnti..


last skali hp sony e yang dah over sensitif ni jugak yang akan terus berbakti...aku beli hp konon2 nak ganti mek ni, campur nak kamera yang better sket, tapi malangnya, terbeli yang lagi teruk...




pengajaran:


jangan jadi bodoh mcm aku...beli hp kene tipu..aku biasa dengar org kene tipu...aku rasa dorang ni pelik sbb kene tipu..alih2 jadi kat aku balik..


sayangi lah henpon yang dah lama berjasa..(xpasal2)


lepas ni, nak beli hp jangan beli kat jual2 mcm ni..beli la di kedai yang sepatutnya..ape nama rimau fair ni xleh dipercayai..(aku rasa mereka sume tu mmg dh pakat la)


jangan beli iphone...hek3..tibe2 teringat kat situ sangat la byk iphone yang cun2...harga murah dalam 650 je leh dapat...aku sedang membayangkan, kalaulah aku berduit nak beli iphone tu td, mesti malam ni aku dah nangis basah bantal...


ape2 pon..ni bukan cobaan..ni betol2...
mek sony...sekarang kau masih dihati..huk3

Saturday, January 29, 2011

sabar dan bertahan

2 comments
"sabar itu separuh dari iman"


bersabar adalah menerima sesuatu kesusahan dan dugaan dengan berlapang dada serta menerima ketentuan dengan redha.

bertahan adalah menahan diri dari melakukan sesuatu diluar dugaan..

(sumber: banyak dari pengalaman)

sabar itu bersama redha... bertahan dan sabar adalah dua perkara yang berbeza..

bertahan boleh membawa kepada rasa sabar, tetapi sabar tidak akan membawa kita menjadi sekadar bertahan...

sebab tulah, orang yang sabar dikatakan orang yang paling kuat...dan kerana itulah sabar separuh dari iman..sebab dari sabar itulah kunci penerimaan qada' qadar...setiap orang yang bersabar adalah mampu menerima ujian yang paling berat dengan redha, tidak mengeluh dan mampu tersenyum

secara jujur, manusia biasa bukan penyabar, mereka hanya bertahan....macam aku juga, aku hanya bertahan...menahan diri dengan menerima ujian..bukan menerima ujian Tuhan dengan berlapang dada..kalau sesiapa merasakan dirinya hebat dengan  mampu mengatakan dirinya adalah penyabar, maka berdoalah supaya kita tidak diuji untuk membuktikan kenyataan kita..

Monday, January 17, 2011

konfident

0 comments
salam 'alaik~

azam untuk escape kelas untuk sem akhir dah musnah...aku berjaya escape dengan confident...

bgun konon2 awal, mandi2 siap2...tgk jam ah, baru pukul 9...makan breakfast sedap2 dengan slow, lepas tu terasa nak usha GT, nak tengok sape online....

ramai IDLE...

ok, dengan konfident aku fikir bersama senyum berlagak

"ah, hari ni bgun awal, dorang sedang mandi sume

nak dekat 9.30 aku intai balik GT

"eh masih idle?"

dan baru nak terfikir 

"betolkan hari ni kelas pukul 10"

aku dengan confident msg hanim nak menegaskan fikiran aku kelas pukul 10..malangnya hanim reply

"kelas pukul 9..dah start"
(cmtu la ayat..kene tuka2 sket..asal maksud sampai)

ok...kali ni aku berjaya escape dengan confident

Wednesday, January 12, 2011

14

0 comments
aku suka klo rumor jpa masuk 14 Januari ini tepat.....



sebab esoknya aku nak kek....





xnak lilin 22 batang...




sepotong kek pon dah cukup...





hehehehehhehehehe..(senyum penuh makna)

Tuesday, January 11, 2011

1 comments
salam alaik

ANDA TELAH MEMASUKI ZAMAN STRESS.ZAMAN TDO XLENA, MAKAN X KENYANG, MOOD XCANTIK.

hehehe...sejak dua menjak ni, tdo pon mimpi keje xsiap, apa xpaham, mende xtulis...kalaulah dalam mimpi tu ada trus penyelesaian xde, ni just mimpi yang tergantung yang buat tdo xlena....

anyway, sekarang ni musim yang paling genting..jujur cakap, semua orang emosi xstabil...huhuhu..kadang2 takut jugak, terlebih melawak, tersalah cakap kat gt, tersalah msg boleh buat org kecik hati...

saya  mintak maaf kawan2 kalau saya ada salah silap..huhuhu..marilah kita bersama2 berjaya untuk grad dgn sgt bahagia..

Monday, January 10, 2011

television

1 comments
salam 'alaik...

entri kali ni bukan nak cerita pasal rancangan2 tv yang aku tgk, yang biasanya ofkos cite kanak2 adventure atau kartun yang jd feveret aku, tapi nak cerita pasal tv tu sendiri...

untuk pengetahuan, projek tahun akhir aku ni cam biasa2 aje, maksud aku xhebat2 mcam orang lain, lepas tu kurang mendapat radiasi mcam orang lain..aku punya hal pasal display monitor untuk radiologi..kira setiap imej yang nak dianalisis doktor sekarang semua guna computer..penting tak penting diplay monitor ni, kalau nak detect tumor atau abnormality yang sangat kecik, kita perlukan computer yang terbaik supaya tak miss perkara2 sekecik tu..

ok...next

selepas baca review dan journal dan apa2 la, aku jumpa la satu perkara yang me'wonder'kan aku.. ok, nak tanya korang. korang rasa antara tv yang lama2 tu, tv plasma yang cun gila atau tv LCD yang mahal, mana yang paling bagus dari segi gambar dia??

tv lama2

tv LCD

tv plasma


erm..jangan tanya aku ape beza luaran plasma tv dan LCD tv..aku xtau..rumah aku pakai yang biasa2 je


ok, terus kepada jawapan la

sape jawab plasma tv? angkat tangan




salah.





sape jawab LCD?




pon salah




ha?terkejut?takkan la tv lama tu paling bagus!!!!



hehehe...aku bukan membalik zaman...tv lama tu bagus dari segi gambar dia..sebab dia punya spatial resolution, contrast semua bagus..maksudnya, dari segi image quality dia paling top...xleh lawan yang baru2 ni

kenapa??


sbb nama pon tv lama,signal dia guna adalah signal analog.. ok, untuk pengetahuan semua...wave yang terhasil dari gambar2 yang ditayang tu adalah analog..maksudnya yang semulajadi...kalau tv lama, dia xde cut2 wave..so, image lagi detail

yang baru ni, dalam bentuk digital..digital tu just boleh detect binary no. aja...macam 0, 1...kalau wave kurang atau lebih(maksudnya bertitik puluhan berapa2 tuh) dia akan flat kan

susah kan nak explain???tapi korang pahamkan..kalau analog, xde potong2 wave dia..tapi digital, wave yang asalnya analog tu kene potong2 supaya signal digital boleh baca

so, mungkin dalam usaha potong2 nak jd digital, mungkin ada yang termiss kan...so, adalah detail2 yang tertinggal


haha..tapi mata normal kita xdapat beza sangat klo xteliti gila...

tapi klo setakat nk tgk cite2 xde apa2 beza pon..cuma klo nk tgk mende yng detail gila macam image radiologi, so dia sangat la perlu


teringat kuliah dr aref yang cerita pasal beza  gramophone dengan radio skrang...perbezaan dia same seperti tv lama dgn tv mahal 
skrang


aku pun teringin nak ada tv plasma sebijik..haha..kene tunggu nnt kaya la

akhir saja

1 comments
salam 'alaik...

mybe macam agak lambat untuk aku nak cite sape pemenang anugerah juara lagu...ye..aku dengar lagu dia hanya berkali2..tapi nampaknya aku telah terpengaruh nak nyanyi2 lagu dia..walaupun hanya sebaris je tahu.. 

FULLSTOP..

ini bukan nak cerita pasal dia..walaupun mcam semalam penuh gila kat fb dgn status suka dan benci...apa aku kisah??

dilahirkan dengan minat untuk tahu kesudahan saja..

yes..itu aku..ko lawanlah bola malaysia lawan apa2 pon, lawanlah bola negari apa2 pon.anugerah apa2 pon, pertandingan apa2 pon, yang aku nak tanya, "siapa menang?"

bila dah tau sape menang, baru aku tanya, ok, cmne citenya..

mcam novel ke, movie ke series ke, tendency aku nak tahu ending mmg kuat.biasanya bila dah habis setengah cerita, aku skip g tgk ending..bila ending best, sambung tgk balik..

macam main game, klo aku xleh nk solve sgt, pastu google2 ending..just cmtu je, aku malas tunggu...

Orang Yang Nak Tahu Tentang Masa Depan

aku rasa bukan aku sorang yang bersifat macam tu..ramai..kawan2 pon ramai...susah nak ikot flow, risau sgt..sgt risau..xnak sesuatu yang buruk

manusia macam aku kena selalu diingatkan,

hidup ni dah ditentukan..setiap manusia ada Qada' dan Qadar...
kau tak percaya Qada' dan Qadar..habis apa cerita yang kata beriman kepada enam benda??

haha..mungkin itu kerana Allah tetapkan Qada' dan Qadar sebagai perkara terakhir..sebab itu adalah perkara tersusah untuk kita percaya. betol kan?

pesanan ini untuk diri aku sendiri..betul..cuma dalam bentuk monolog dalaman yang ditulis..sungguh. 

Tuesday, January 4, 2011

ha??ketentuan sebenarnya

1 comments
salam 'alaik..


sbenarnya entri ni dah tulis lame, mula2 xrasa nk publish, tapi lepas jalan2 dlm alam maya, rasa nk publish jugak..=P

wanita : saya nak lelaki yang kacak, baik hati,kaya, dan penyayang. itu ciri-ciri suami yang saya idamkan
kaunselor: berapa lama tempoh untuk awak berkahwin dengan ke empat2 lelaki itu??

tu salah satu petikan yang aku amek dari komik gila2..baca zaman muda2

jodoh ni bidang kuasa Tuhan...Hatta seluruh hidup kita ni di bawah dia.. satu pon yang kita xleh buat tanpa kebenaran Tuhan.

zaman dulu2, bila ada crush atau minat seseorang, biasa kita akan fikir nak spend the whole life dengan dia..walaupun masa tu dia xkenal kita, ataupun mmg dia xingin pon kat kita.

kadang2, terfikir jugak, kenapa kita xend up dengan sipolan sipolan, macam cerita komik..

ni dari kisah benar...aku pernah la ade crush dengan seorang lelaki, ok, dia boleh tahan, bijak dan apa2 la...so, bila aku tau dia minat aku, apa lagi, sebagai perempuan yang nakal dan kuat main2, aku main2 la dulu..konon2 nak uji dia tahan ke x..malangnya, mana ada laki tahan kene main berbulan2, kecuali en hafiizh yg amek masa 4bulan jugak utk tekel2,  so, lama2 gamaknya dia fedup la jumpa wanita baik  nakal macam aku..

masa dia stop kontek tu, rasa macam 

"ah menyesalnya aku buat macam ni...kalau aku jadi lemah lembut dan memahami(konon2) mungkin sekarang dh bergelar gadis pilihan"

tapi sekarang, bila dah makin berusia, rupa sebenar org tu kita dapat tgk..bila aku fikir balik, lepas ngintai fb dia, ngintai blog2 dia, rasa macam 

"ah, nasib baik xdapat pakwe macam tu..asal malam jumaat dia meroyan...ayat bayangan dia macam orang dah kawen " 

aku budak2 lagi, xmahu tulis balik ayat meroyan dia..

see, tu la jodoh...ketentuan sebenarnya...

aku xcakap pakcik aku orang terbaik, kira paling best...x..dia pon manusia biasa.macam aku...kadang2 ada mende yang kita akan saling xsuka...cuma kadang2...his the better for me...orang lain mungkin xsesuai...mana nak cari orang yang sanggup bagi can aku tgk kartun ulang2 dekat tv9 tanpa dikacau dgn msg2, baca komik2 dengan serius, minat mende yang kanak2 dengan melampau.. sedangkan adik bongsu aku asyik persoal tahap kematangan aku..apatah lagi orang lain?hehehehe

sekarang kena jadi matang sikit.kulit pon kene jaga dah kot..=P..esok lusa nak grad..nnt dah kerja, klo ade budak praktikal dtg, takut dorang nmpk lagi tua dari aku..xmau lah...
sekarang, siapa nampak lagi muda??

Monday, January 3, 2011

cerita muda-muda

4 comments
salam 'alaik...

SELAMAT ULANG TAHUN UNTUK SEMSASIAN batch 01/05

walaupun aku tahu blog aku xada kawan2 semsas pon yang akan baca, tapi aku tetap nk tulis juga.. arini anni utk bdk2 semsas yang batch aku...memang dah mcam satu tradisi yang besar, bila tiba 4 Januari, kitorang akan sambut anni..kira dah genap 10 tahun berkawan tahun ni..

aku bukan bdk terpilih yang daftar semsas 4/1/ 01.. mungkin ada satu masalah teknikal, masa keluar result pasal penempatan untuk sekolah form1, nama aku berada dalam senarai pelajar sekolah sains Raub, tapi malangnya surat tawaran xsampai2 kat aku...

so, dgn hati yang sedih, aku pergi sekolah Pandan..bukan sedih sbb sekolah tu xbest, sebenarnya BEST, cuma biasalah, aku mmg bercita-cita sangat nk masuk SBP, tambah2 lagi ayah cikgu SBP, lagi lah minat aku tinggi..tapi ada hikmah dok harian biasa sekejap, sbb masa tu la zaman nk merasa kene ngorat, zmn sekolah petang, zmn dapat hadiah..hahaha..XP

sekali tu, nak dikatakan rezeki..ayah aku ada mesyuarat kat KL, dia pon terus pergi unit SBP, nak check status aku..Tadaaa~ nama aku dah kene potong sbb xdaftar kat Sains Raub... Mungkin sbb rezeki, ayah aku buat surat rayuan untuk SBP dan dapat SEMSAS pulak...

so, aku daftar akhir bulan 1, dan kiranya aku xleh sambut anni dengan kwan2 lain... T.T

hahahahha...anyway. mende apa yang aku merepek...sbb ktrng mmg sepakat sambut anni 4 Januari..so, ape yang aku nk kecoh?

sori2...entry sgt merepek...aku bg amaran dekat akhir ayat...lagi satu, aku xde gambar latest atau gambar softcopy kawan2.so, maaf..ayat saje


 

bila rasa gembira Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal