Friday, February 11, 2011

Ima


"jelik" sebaris ayat yang keluar dari mulut Ima.


malam ini, seperti biasa bertemankan alunan lagu, keluh kesah corong radio, jari Ima menari-nari di atas papan kekunci komputer. matanya memandang kedepan, cuma kadang kadang brpisat2 menahan kantuk. bunyi dari radio usang yang telah lama berjasa menganggu fikirannya.


" patutkah anda kembali kepada bekas teman anda?"


Ima mengigit bibir...berbagai reaksi telah diberi oleh para pendengar setia.. Dada Ima berdebar2..aliran darah menjadi laju, dan 


"arghhhhh"
Jeritan Ima memecah hening malam.


***********************************************************


Barang yang lepas hai jangan dikenang
kalau dikenang hai meranalah hati

"ko ingat ni cerita melayu ke??berjanji hari ni, tahan bertahun2"
"mana aku tahu mende jadi gini..aku ingat...."
"ko ingat mende xleh berubah?? pantai boleh pasang surut, ni kan pulak hati manusia"
"huhu..cukuplah...ko ni kawan aku ke kawan dia..kenapa menangkan dia"  ngongoi Ima

Iza terdiam..direnung Ima dengan pandangan dalam...mengharap Ima mendapat pengertian. Dia bukan kejam..langsung tidak.. Dia bukan mahu menangkan sesiapa, cuma dia mahu Ima sedar, Ima paham.

sebelum Imran terbang tinggi ke negara orang,  Imran berjanji mahu sehidup dengannya, walaupun apa pun rintangan. tetapi Ima menolak. Ima takut Imram berubah hati. namum kesungguhan Imran menyebabkan hati Ima memilih untuk percayakan Imran walaupun mulut Ima meminta tiada janji yang dilafaz.

hari ini, kata mulut Ima menjadi benar. Harapan hati Ima menjadi punah. Imran hanya lelaki biasa, tidak mampu menolak takdir yang ditentukan untuknya.hari ni, Imran menghantar warkah khas untuknya. meminta diampunkan khilafnya menabur janji. sebaris ayat dari Imran menyebabkan seluruh tubuh Ima menjadi lemah.

"Ima, semua ini bukan ketentuan Imran...apa ko xpercaya kepada ketentuan?kepada Qada Qadar??"
"tapi, dia berjanji"
"hei kawan..bangun!ni bukan zaman kanak2...ini REALITI"

***********************************************************
topik kisah cinta itu masih hangat diperkatakan di radio..rata2 pemanggil wanita merayu2, supaya bekas buah hatinya kembali kepada pangkuan mereka walaupun rata2 dari nya telah menjadi milik orang. Ima jadi bosan mendengar rayuan2 itu. tangannya lantas mencapai telefon bimbit, badannya disandarkan, dan segala beban dilepaskan.

"halu, saya Ima dari sini..Pada pendapat saya, buat apa mengutip kembali menda yang ditinggalkan. mengharap kepada sesuatu yang tidak berkepastian..dan yang teramat penting, bangkit menjadi insan yang lebih hebat yang dia tidak pernah sangkakan"

p/s: ni memang cerita rekaan..dapat idea sbb bosan dengar topik suria cinta semalam, pastu yang telefon tu bukan solo lagi dah...bini org pon ade..

1 comments on "Ima"

~Miera~ on February 11, 2011 at 9:37 AM said...

You have been tag=))

Post a Comment



 

bila rasa gembira Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal