salam 'alaik
"teman lelaki saya sangat romantik awak tahu" kata Mek Jah dengan bongkak
"kenapa, apa yang dia telah lakukan?" Mek Mie bertanya dengan penuh teruja
" Dia sanggup ponteng solat jumaat sebab nak dating dengan saya. Hebatkan dia??" angkuh dan bangga nadanya.
******************************************************
Ibu : walaupun awak seorang gadis yang cantik, tetapi ibu tetap mahu awak berkawin dengan lelaki melayu.
Ina : melayu bagaimana? yang persis cina atau persis india??
Ibu : bukan..kedua2 nya tidak penting..yang penting dia membawa nama melayu, dan tahu bersolat jumaat
******************************************************
" saya bakal mendapat lelaki yang alim.."
"definisi alim bagi kamu??"
" dia menjaga solatnya, dan dia tahu waktu untuk bersolat jumaat"
******************************************************
kesemua cerita rekaan saya..semua..cuma idea datang dari realiti kehidupan...
biasa saya dengar orang melayu tidak dapat bersolat jumaat kerana majikan tidak membenarkan mereka, tetapi malangnya, apabila sebuah pasar raya yang memang ditutup rapat ketika waktu solat jumaat, pekerja2 lelaki melayu melepak2 ketika orang Islam sedang menunaikan kewajipan.
ada yang berdating dengan bangga, dan ada yang berpeleseran dan konon2nya pura2 alim bila kami melewatinya
" eh, mu tau mano masjid??aku nak g semaye jumaat" bual dalam gelak jahat
wanita..periksa teman kamu..jika solat jumaat yang sekali seminggu pon tak dapat dijaganya, apatah lagi untuk menjaga kamu seumur hidupnya
2 comments on "Kisah Jumaat"
btol! kat kbmall sgt ramai kot yg x g smyg jumaat.
sadis je.. spesies yg baek btol2 dh pupus n terancam..
yup..camne nak pilih suami camni
Post a Comment